Addthis

Wednesday, 2 May 2018

SIAPA JE YANG WAJIB MEMBACA AL-QURAN ?



SIAPA SAJA YANG WAJIB MEMBACA AL-QURAN ?
Al-Quran merupakan  petunjuk bagi manusia kepada jalan kebenaran, dan sebagai pembeza antara yang haq dengan yang batil. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil).
[al-Baqarah/2:185].

Al-Quran merupakan sumber dari segala hukum Islam. Dengan Al-Quran itulah Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuskan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada seluruh manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqân (Al-Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.
[al-Furqân/25:1].

Al-Quran memiliki kedudukan yang tinggi. Al-Quran merupakan wahyu dari Rabbul-‘alamin, penguasa alam semesta, Zat yang mahakuasa atas segala sesuatu, iaitu Allah Tabaraka wa Ta’ala. Al-Quran diturunkan kepada manusia paling agung dan mulia semenjak Allah menciptakan manusia yang pertama hingga manusia yang terakhir. Pemimpin sekaligus pemimpin para nabi dan rasul. Beliau adalah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Membaca Al-Quran merupakan langkah awal seseorang bermuamalah dengan Al-Quran. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan agar kita rajin membacanya, sebagaimana dinyatakan didalam sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya [HR Muslim].

Dengan ini maka wajiblah kepada kaum muslimin dan mu’minin untuk selalu menjaga keimanan mereka dengan membaca Al-Quran. Membaca al-Quran merupakan kewajiban kita semua sebagai umat muslim, kerana Al-Quran merupakan kitab yang didalamnya sebagai pedoman hidup. Selain itu ia juga sebagai ubat hati yang sakit serta hidayah dan petunjuk bagi hamba Allah yang bertaqwa.

Wajib bagi parents mengajarkan Al-Quran kepada anak-anaknya, sebagai pelajaran utama kepada anak mereka. Didalam Al-Quran terdapat cara yang baik bagaimana berakhlaq terhadap orang tua. Dengan mengajarkan Al-Quran kepada anak kita, maka kita sudah mengajarkan akhlak Al-Quran kepadanya. Pahala itu akan terus mengalir hingga kita sudah meningglkan mereka.


NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?






No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...