SITI KASSIM DITANGKAP?????
Peguam dan aktivis, iaitu Siti
Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis kerana
didakwa menculik anak guamnya dan didakwa menganggu pekerja awam dari meakukan
tugas.
Sumber dari Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, beliau mengatakan
bahawa sebelum ini pihaknya menyelamatkan seorang wanita berusia 24 tahun di
sebuah kondominium di Segambut, di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.
Tindakan itu ekoran satu laporan
polis dibuat ibu mangsa pada 21 Jun lalu mendakwa anaknya diculik oleh Siti
Kassim ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.
Laporan polis juga dibuat oleh
anggota polis yang mengiringi wanita itu mengenai kekecohan berlaku di wad
pemeriksaan apabila Siti Kassim menyerbu masuk walaupun cuba dihalang pengawal
keselamatan.
Mangsa enggan memberi kerjasama
dengan mengunci diri di dalam rumah berkenaan. Bagi memastikan mangsa tidak
mencederakan dirinya dan orang lain, kami terpaksa memecah masuk ke dalam rumah
itu.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital
semula untuk menjalani prosedur pemeriksaan yang tertangguh sebelum ini, selain
membolehkan pegawai penyiasat mendapat keputusan daripada doktor,(IPD) Kajang
pada jam 12.40 tengah malam.
Permohonan reman akan dibuat bagi
siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana
culik serta menghalang tugas penjawat awam.
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK
ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment