Addthis

Sunday, 15 April 2018

BERKAHKAH ILMU YANG KITA MILIKI SELAMA INI?



ILMU YANG DI AMALKAN

Baginda Rasulullah SallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda:-

“Keutamaan orang berilmu dibanding orang yang ahli ibadah adalah bagaikan keutamaan rembulan mengalahkan bintang-bintang”
(HR. Abu Dawud).

Hadist diatas menjelaskan bagaimana keutamaan orang yang berilmu, cahayanya bagaikan rembulan yang menghiasai angkasa raya. Orang yang alim, ilmunya dapat memberi manfaat kepada orang lain dengan mengajarkan ilmu yang ia miliki. Jika ahli ibadah yang rajin beribadah namun ia mengerjakannya tanpa ilmu, maka ia akan menyesatkan orang lain kerana ibadah yang ia lakukan tidak sesuai dengan syari’at atau tata cara yang sudah ditentukan dalam agama Islam.

Selain itu, di dalam kitab hadis Shohih al-Jami’ juga diterangkan bahawa Allah ta’ala memudahkan jalan menuju ke syurga bagi seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu. Kerana dengan menuntut ilmu, seseorang akan tahu mana yang wajib mana yang haram sehingga ia akan mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah ta’ala dan menjahui apa yang dilarang oleh Nya.

Selain itu, dari segi kemanfaatan  ilmu terdapat tiga jenis:-

Pertama, ilmu yang tidak bermanfaat.
  • iaitu jika seseorang mempunyai ilmu tapi ia tidak mengamalkannya sehingga ilmu itu tidak boleh memberikan faedah kepada dirinya dan kepada orang lain. Contohnya jika seseorang mengetahui bahwa solat itu wajib dan jika tidak dikerjakan akan dapat dosa. Namun jika dia tidak melaksanakannya, berarti dia tidak mengamalkan ilmunya.


Kedua, ilmu yang bermanfaat
  • Iaitu ilmu yang diamalkan oleh pemiliknya sehingga  menjadikan pemiliknya lebih baik. Contoh jika ada seseorang tahu bahwa sholat itu wajib serta tahu tata caranya, kemudian dia mengamalkannya, maka ini adalah ilmu yang bermanfaat.


Ketiga, ilmu yang berkah.
  • Jika si pemilik ilmu nak buat ilmu yang dia ada menjadi berkah, pemilik ilmu haruslah mengamalkan ilmu yang diperoleh dengan  memberi manfaat kepada orang lain dengan mengajarkannya. Contoh,  jika seseorang mengerti ilmu solat. Lalu ia mengamalkan ilmunya dan juga mengajarkannya kepada orang lain sehingga mereka mengerti dan mengamalkan apa yang ia ajarkan. Ilmu seperti inilah yang pahalanya akan mengalir terus-menerus walaupun orang yang mengajarkannya sudah meninggal dunia. Oleh kerana itu, hendaknya seseorang menuntut ilmu bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tetapi dengan niat untuk diamalkan dengan memberi manfaat juga kepada orang lain

.
Marilah kita bercermin dan memperbetulkan diri kita, apakah dengan semakin bertambahnya ilmu kita demikian juga bertambah amalan kita? Ataukah bertambahnya ilmu justru membuat kita semakin malas dalam beramal? Marilah kita cek hati dan ketakwaan kita, apakah dengan bertambah ilmu setelah sekian tahun, maka ketakwaan dan keimanan kita semakin berkobar, ataukah malah semakin kendor? Ilmu adalah pokok, dan amal adalah buahnya

Ilmu akan disebut sebagai ibadah yang terpuji apabila ilmu tersebut membuahkan amalan. Jika ilmu tidak membuahkan amalan maka jadilah tercela. Oleh kerana itu, semua dalil yang berkaitan dengan keutamaan ilmu dan penuntut ilmu semuanya harus dibawakan kepada ilmu yang disertai dengan amal. Sebagaimana Firman Allah:

“Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakal-lah yang dapat menerima pelajaran.
(Q.S. Az-Zumar: 9)

Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.
(Q.S. Al-Mujadalah: 11)
 
      NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
     MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?


No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...