ORANG TUA IDAMAN,
INI CARANYA…
Pada zaman sekarang ini sering kali kita menyaksikan
masalah-masalah yang sangat memprihatinkan pada generasi anak-anak kita.
Pergaulan, tingkah laku, dan keimanan menjadi hal utama yang perlu dikontrol.
Banyak sekali bakal ibubapa merasa takut untuk menghadapi masalah yang ada.
Mereka khawatir terhadap buah hati mereka dengan keadaan yang seperti sekarang
ini. Maka kepada bakal ibubapa haruslah belajar sebelum menjadi orang tua yang
sebenar. Maka ibubapa haruslah faham peranan sebagai ibubapa dan mendidik anak-anaknya
sesuai dengan apa yang telah diamanatkan
dalam Al-Quran.
Didalam Al-Quran banyak cara bagaimana mengajarkan tentang
cara mendidik anak dan menjadi orang tua yang baik. Dari Al-Quran kita dapat
belajar cara yang tepat bagi orang tua untuk mendidik anaknya. Dalam Al-Quran
juga telah dijelaskan bagaimana hubungan yang baik antara ibubapa dan anak.
Terdapat beberapa tips bagaimana menjadi ibubapa yang
bijaksana. Antaraya ialah untuk menjadi ibubapa yang bijaksana, kita juga harus
pandai bersyukur kepada Allah. Ibubapa harus menganggap anak sebagai hikmah.
Menjadi ibubapa merupakan suatu anugerah. Tidak semua orang bersedia dan
sentiasa bersyukur atas anak mereka. Namun, kita harus berusaha semaksimal mungkin
agar dapat menjadi contoh yang baik bagi anak. Berikut beberapa cara yang dapat
dijadikan panutan untuk ibubapa agar menjadi lebih baik:
1.
Selalu bersabar
Terkadang apabila merasa tertekan, ibubapa menjadi frust dan
melepaskan rasa kekesalan dengan memarahi anaknya apabila mereka melakukan
sesuatu yang salah. Sebaiknya ketika tertekan, luangkan waktu sejenak sebelum memberi
respons kepada anak.
Kanak-kanak perlu belajar tentang perkara-perkara baru, dan
tidak boleh melakukan perkara yang betul. Ia biasa berlaku pada kanak-kanak.
Oleh itu, sentiasa bersabarlah dengan anak-anak. Tenang sebelum membuat
keputusan.
2.
Luangkan waktu
bersama keluarga
Sekiranya ibu bapa mempunyai lebih daripada satu anak, sukar untuk mencari masa yang sesuai bersama-sama dengan setiap anak-anaknya. Ibubapa haruslah merancang aktiviti menarik dengan anak-anak, kerana mungkin pada kesempatan ini anak-anak akan terbuka dan memberitahu apa yang mereka inginkan.
Kerana sesungguhnya anak itu adalah amanah dari Allah SWT yang diberikan kepada setiap ibu bapa. Selain itu, anak merupakan cahaya mata dan tumpuan harapan serta kebanggaan keluarga. Kanak-kanak adalah generasi yang akan memberikan kemajuan dimasa akan datang. Kanak-kanak juga merupakan ujian untuk setiap ibu bapa sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an:
”Dan ketahuilah
bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya
disisi Allahlah pahala yang besar.”
(QS.al-Anfal ayat 28).
Ayat diatas, menjelaskan salah satu ujian yang diberikan
Allah kepada ibubapa adalah anak-anak mereka. Itulah sebabnya setiap ibubapa hendaklah
benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan Allah Swt sekaligus
menjadi batu ujian yang harus dijalankan. Jika anak yang di didik mengikuti
ajaran Islam maka ibubapa akan memperoleh ganjaran pahala yang besar dari hasil
ketaatan mereka.
Waalhua’lam bisshowab
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment