Addthis

Sunday, 8 April 2018

JOM HIDUP KAYA DAN DIBERKAHI OLEH ALLAH


MAU HIDUP KAYA DAN BERKAH? INI CARANYA…

Allah akan menyukai sesiapa saja yang selalu berlapang dada, menerima dan bersyukur atas rezeki yang diberikan Allah kepada para umatnya. Janganlah selalu mengeluh atas rezeki yang telah Allah berikan. Allah itu Maha pemberi, setelah kita selesai menunaikan solat, selitkanlah doa untuk kekayaan,  nescaya Allah akan mendengarnya. Tetapi bukan hanya berdoa saja, bekerja dan berusahalah agar pahala iktisab diraih dan diredhai.

Supaya keinginan dan cita-cita dikabulkan oleh Allah maka kita harus boleh melakukan beberapa tips seperti berikut:-

 Yang pertama : Mensyukuri setiap rezeki yang dimiliki. Kerana Allah akan menyukai orang yang penuh dengan rasa syukur daripada tidak sama sekali.

Yang Kedua : Selalu bersedekah dan berzakat kepada orang yang memerlukan. Percaya tidak bahawa dengan bersedekah boleh membuatkan harta kita boleh menjadi berlipat ganda? Dan kita harus sentiasa ingat bahawa di dalam harta kita ada harta orang lain juga dan kita wajib keluarkan dan berikan kepada mereka.

Jika harta itu tidak dikeluarkan maka ia akan keluar dengan sendirinya tanpa kita sedari. Sebagai contoh tiba-tiba je kita kene keluarkan duit untuk betulkan kereta lah, anak atau kita sendiri yang sakit dan sebagainya. Didalam al-Quran terdapat banyak sekalu perintah untuk menyeru kita sebagai umat Islam untuk bersedekah. Contoh nya Seperti dalam ayat ini, yang bermaksud :-

"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin."
(Q.S. Al Maa'uun [107]: 1-3)

Ada beberapa cara untuk kita menjadi kaya secara harta dan hati, ayuh lakukan tips berikut ini agar kekayaan akan tunduk kepada kita. Namun hal yang paling penting adalah kita sebagai Muslim harus yakin dan percaya kepada Allah SWT Yang Maha Kaya.


1. Tilawah berterusan
2. Solat Dhuha
3. Solat Malam selalu dilakukan
4. Sentiasa Menghafal Al Quran
5. Silaturahim
6. Shaum Sunnah
7. Bersedekah Sebanyak-banyaknya dan seikhlasnya

Yang ketiga    : terus berusaha dan berdoa, iaitu dengan bekerja dan belajar. Berdoa kepada Allah maka kita akan dipermudahkan dalam memiliki akhirat. Siapa saja yang berusaha dengan penuh keikhlasan maka kita akan dimudahkan dalam bekerja dan beramal. Kerana Allah swt memerintahkan kepada kita untuk berusaha di dunia dengan sebaik-baik usaha.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia."
(Q.S. Al Anfaal [8]: 2-4)







NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?


No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...