CARA MENDIDIK ANAK DALAM ISLAM, PATUT
DITIRU….
Anak
merupakan satu anugerah terbesar dalam keluarga, anugerah terindah bagi ayah
dan ibunya. Maka kita harus menjaga mereka sebaik mungkin dengan memberikan
pendidikan yang baik dan ajaran yang sesuai dengan peredaran zamannya. Anak-anak
memiliki kemampuan dan kecerdasan yang berbeza, namun pada hakikat keperluan
setiap anak adalah sama iaitu ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati dan
ikhlas. Parents perlu membimbing dan memperkuat karakter anak sesuai kemampuan
masing-masing. Kita sebagai parents harus bijaksana dalam mendidik anak-anak
kita, kerana Allah sudah memberikan kelebihan disetiap anak-anak kita.
Maka anak lelaki dan perempuan mempunyai keistimewaan baik dari
segi fizikal dan cara berfikir. Mendidik anak lelaki sedikit berbeza dengan
cara mendidik perempuan. Pembahasan kali ini akan sangat bermanfaat bagi para
calon parents yang menginginkan anak lelakinya menjadi anak yang bermanfaat
untuk banyak pihak. Berikut ini cara mendidik anak lelaki sesuai dengan
Rasulullah :
1. Memberi nama dan mendoakan yang baik
Seperti yang telah kita ketahui bahawa nama adalah doa.
Parents hendaknya memberi nama yang baik, agar setiap kali memanggil anak
tersebut maka juga mendoakannya. Nama-nama yang baik dapat diperoleh dalam
Al-Quran. Ada sebagian orang tua yang mengambil nama dari nama Nabi atau
sahabat dengan harapan kelak menjadi orang yang juga dekat dengan Allah.
2. Menumbuhkan jiwa kepemimpinan
Lelaki merupakan pemimpin, sebagaimana dalam firman Allah (QS.An-Nisaa’:
34)
“Kaum lelaki itu
adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita).”
Sejak anak masih kecil lagi sebaiknya parents perlu selalu
menanamkan jiwa kepemimpinan bagi anak lelakinya. Dengan begitu, anak akan
memahami peranannya sebagai seorang lelaki dan tumbuh sikap tegas mahupun berdikari
sesuai mengikut tempatnya.
Parents juga boleh menceritakan tentang kisah para Anbiya
dan sahabatnya. Kerana didalam kisah para Anbiya terdapat teladan yang boleh
dicontohi. Hal ini akan mendorong anak-anak untuk memiliki akhlak seperti para
Anbiya dan sahabat yang biasa diceritakan oleh parents.
Seterusnya parents juga boleh melatih anak untuk gemar berolahraga juga dapat menumbuhkan
kepemimpinan dan sikap berdikari. Olahraga sunah Rasulullah adalah berenang,
memanah, dan berkuda.
3. Menunjukkan kasih sayang
Ada juga parents yang segan untuk menunjukkan rasa sayangnya
terhadap anak lelaki nya kerana mereka beranggapan bahawa anak lelaki tidak
perlu dimanja dan diberi perhatian seperti anak perempuan. Namun, sebenarnya
anggapan ini adalah tidaklah benar. Bahkan Rasulullah SAW juga sering
menunjukkan kasih sayangnya pada anak lelaki dan cucu lelakinya. Rasulullah SAW
juga mendukung dan mencium Hasan bin Ali, cucu kesayangannya. Rasa kasih sayang
yang ditunjukan akan membangkitkan rasa percaya diri anak. Jadi, parents
seharusnya jangan segan menunjukkan rasa sayangnya kepada anak lelakinya.
4. Menanamkan tauhid dan aqidah yang kuat
Parents wajib mengajarkan anak tentang siapa dirinya dan
siapa Tuhannya. Penanaman dasar aqidah juga sebaiknya dimulai sejak mereka
kecil lagi. Pengetahuan tentang rukun Islam, rukun iman, dan pentingnya solat
lima waktu atas dasar kecintaan dan ketaatan kepada Allah sangat penting.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, Rasulullah Rasulullah
Sallallahu Alaihi bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik
terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
(HR.Tirmidzi).
Demikianlah beberapa cara Nabi Muhammad mendidik anak-anaknya.
Semoga kita boleh mencontohinya, kerana Nabi Muhammad adalah sebaiknya-baiknya
suri tauladan di muka bumi. Waallahua’lam bisshowab.
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment