TIPS
BAGAIMANA MENJADI GURU NGAJI YANG PROFESSIONAL
Sebagai guru mengaji, kita mesti mengetahui beberapa cara dan
metode dalam mengajar mengaji, supaya orang yang kita ajar tak bosan atau jenuh
dengan cara dan metode kita. Guru mestilah mempunyai cara bagaimana agar apa
yang diajar nya mudah di fahami oleh muridnya.
Berikut tips bagaimana
menjadi guru mengaji yang berkelas :-
1. SEBELUM MENGAJAR, PASTIKAN KITA SEBAGAI GURU SUDAH FASIH TERLEBIH DAHULU.
§
Tak harus fasih keseluruhan, faham stage by
stage juga tidak masalah. contoh , hari ini kita akan mengajarkan huruf د
(dal) sampai ش (syin), maka pastikan kita menyebut huruf-huruf ini
sudah benar.
2. BERSIKAP
TEGAS PADA MURID.
§
Jangan pindah ke bacaan pada baris atau
halaman berikutnya jika bacaaan sebelumnya masih kurang lancar.
§
Berkomunikasilah dengan parents murid tentang
perkembangan anaknya. Jangan lupa minta bantuan parents di rumah jika anaknya lambat
dalam belajar. Jika tidak bertemu, selitkan saja memo cinta untuk ibubapa agar mereka
tahu tentang perkembangan anak mereka.
3. KENALKANLAH
TERLEBIH DAHULU HURUF HIJAIYAH
§
Alif ba ta tsa jim dan seterusnya. Sebab fenomena yang memprihatinkan sekarang
adalah banyaknya anak-anak yang tidak mengenal huruf alif,
yang mereka tau hanya A. Padahal Alif akan dibaca A jika sudah berharkat fathah.
Demikian juga jim dal dzal, mereka hanya boleh menyebutnya ja da dza.
Ini sungguh kekeliruan yang fatal, lalu jarkan pula tajwid yang benar, sehingga
anak menjadi lebih mahir dalam membaca Al-Quran.
4. IKHLAS
DAN BERSABARLAH.
§
Setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai ragam
dan tingkah lakunya, ajarlah dengan hati yang tulus. InsyaAllah, sehingga akan
diberikan balasan yang terbaik.
Demikian tips bagaimana
menjadi ustaz/ustazah dan guru mengaji yang berkelas. Tips ini sesuai
untuk semua pihak, terlebih lagi pada para ibu bapa. Ketahuilah bahawa ibubapa
merupakan guru pertama untuk mengajar anak-anak.
Semoga beberapa tips di
atas dapat memberi manfaat bagi semua muslim dengan segala profession,
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
➽ http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online
➽ http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online
No comments:
Post a Comment