BARU NAK MULA MENGAJAR? TENANG SAJA, INI TIPS-NYA!
Bagi yang mempunyai cita-cita untuk menjadi
seorang guru, maka berbahagialah orang-orang yang sudah membulatkan tekadnya
untuk mengabdi pada dunia pendidikan. Kerana dalam hadist nabi sudah dijelaskan
pahala bagi orang-orang yang mengajarkan ilmu dan kebaikan. : Dari Abu Mas’ud
Uqbah bin Amir Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang menunjuk kepada kebaikan maka dia akan
mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no.
1893).
Namun bagi pengajar yang baru mahu mula
mengajar, tentunya akan rasa sangat
nervous. Mungkin masih ada keraguan dan kurang percaya diri pada diri sendiri
seperti “faham ke tak ye anak murid saya ni?”, “apa yang saya ajar ini betul ke
tak yea?”, dan keraguan-keraguan lainnya.
Kami ada beberapa tips untuk guru pemula yang
akan mula mengajar. Jika ikut tips berikut, InsyaAllah ia dapat membantu para
pengajar untuk hilangkan rasa nervous walaupun
baru hari pertama nak mengajar.
1. SEDIAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR
§ Sediakan bahan yang
mencukupi untuk mengajar, dan makesure bahan bantu mnegajar yang digunakan
adalah sesuai untuk setiap kategori umur. Jangan sediakan bahan bantu mengajar
untuk dewasa di aplikasikan pada kanak-kanak. Nanti susah untuk kanak-kanak
tersebut nak faham. Perbanyakkan membuat research, kerana dimedia sosial banyak
orang upload dan share video bahan untuk bantu mengajar. Kalau boleh sediakan
banyak sikit bahan bantu mengjar, kerana kebiasaannya, kanak-kanak akan cepat
bosan jika dengan satu kaedah.
§ Boleh juga meminta
nasihat daripada kawan-kawan yang juga guru sebagai panduan untuk penyediaan
bahan. Pastikan anda telah menguasai semua bahan tersebut sebelum mengajar pada
murid. Oleh itu, sentiasa bersedia untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk
pertanyaan yang ditanyakan oleh pelajar.
2. BERLATIH DAN BERLATIH
§ Supaya tidak awkward
ketika mengajar pertama kali, tidak ada salahnya untuk mencuba berlatih dulu
dirumah. Seperti berlatih dihadapan cermin dan lainnya. tak perlu berlatih sehingga berjam, cukup berlatih bagaimana
nak adakan rasa confident untuk bentang didepan pelajar. So that tak de lah
kita gagap or tercari-cari point apa dan bagaimana hendak explain pada pelajar.
Selepas berlatih, cuba minta maklum balas dari rakan-rakan apa yang
boleh diperbaiki.
3. SEBELUM MENGAJAR PASTIKAN PERUT TIDAK KOSONG
§ Jangan lupa makan sebelum mengajar. Apabila mengajar
dengan perut yang sudah terisi, akan membantu untuk meningkatkan fokus untuk
mengajar.
4. MULAI DARI PERKENALAN DIRI
§ Ketika perjumpaan yang pertama dengan murid, cuba
taaruf dan memperkenalkan diri sendiri terlebih dahulu. Tujuannya supaya murid
tidak rasa asing dengan kehadiran guru barunya.
§ Persiapkan perkenalan diri dengan sebaik nya,
kerana first impression akan menentukan bagaimana calun murid menilai pengajar
barunya. Ketika memperkenalkan diri, tunjukkan diri sebagai seorang yang ramah
namun tetap tegas sehingga murid akan rasa selesa tetapi ketika sesi belajar
berjalan, murid tersebut tetap ada rasa hormat pada pengajarnya.
5. BERIKAN CONTOH
§ Setiap bahan bantu mengjar yang kita sediakan
perlu diberi contoh. Kerana terkadang adakalanya, ada bahan bantu mengajar yang
guru sediakan susah untuk difahami yang
membuatkan murid susah untuk mengerti. Untuk mengatasi hal ini, pastikan guru sudah
mempersiapkan contoh dari setiap bahan yang disediakan. Selitkan contoh yang
relevan dan cuba masukkan contoh sesuai dengan kehidupan sebenar yang sering berlaku setiap hari untuk
membantu pelajar memahami dengan lebih baik.
6. SELITKAN HUMOR
§ Walaupun proses
belajar perlu serius, alangkah baiknya untuk selitkan humor dan tetap santai
saat mengajar. Dengan adanya humor, boleh membuat suasana lebih ceria dan meningkatkan fokus murid. Apalagi ketika
murid sudah mula terlihat bosan bahkan mengantuk.
7. AKHIRI DENGAN SENYUMAN
§ Setelah selesai, akhiri jam belajar dengan
senyuman, kerana dengan senyuman, boleh menunjukkan diri kita sebagai seorang pengajar
yang friendly dan menyenangkan. Ini juga menunjukkan bahawa pengajar juga
menikmati saat-saat mengajar dengan murid.
Itulah antara tips-tips mengajar untuk pemula, namun
hal terpenting adalah menyiapkan semuanya dengan matang. Apabila kita selalu mengajar,
seiring dengan waktu akan membuatkan kita terbiasa dan semakin mahir.
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment