Addthis

Monday, 9 April 2018

NAK AJAR ANAK MEMBACA AL-QURAN? jom semak di bawah :)






7 CARA MENGATASI KESULITAN MENGAJARKAN ANAK MENGAJI

Wahai ibu dan bapa, ketahuilah bahawa mengaji adalah kewajiban bagi setiap muslim. Sebagaimana telah di firmankan Allah dalam surat Al Muzammil ayat 20 yang maknanya :

“kerana itu bacalah apa yang mudah dari Al-Qur’an..”.

Maka salah satu kewajipan kita sebagai parents adalah mengajarkan dan membiasakan anak mengaji setiap hari. Marilah kita biasakan agar mereka suka untuk mengaji. Ada beberapa cara untuk mengatasi hal ini. Antaranya ialah:-

YANG PERTAMA ADALAH, WAKTU MENGAJI
Carilah waktu yang sesuai untuk mulakan mengaji dan membiasakan anak-anak mengaji. Susun jadual anak dengan sebaik-baiknya. Sebelum start jadula yang sudah disusun, berilah penjelasan pada anak. Pastikan dalam jadual bukan hanya ada bila waktu untuk anak belajar sahaja, tapi perlulah selitkan sekali bila anak perlu rehat, bermain mandi dan aktiviti harian yang lainnya.

YANG KEDUA ADALAH, PENJELASAN KENAPA HARUS MENGAJI
Sebagi ibu bapa janganlah hanya memaksa anak untuk mengaji tanpa menerangkan dengan jelas tentang mengapa kita sebagai muslim perlu dan wajib  mengaji.
Selain itu, parents juga perlu menerangkan tentang mengapa kita perlu meluangkan sedikit masa untuk mengaji dan ibadah yang lainnya. Selalulah berkomunikasi dan bertukar fikiran kepada anak dan cuba fahami mereka sehingga kita dapati cerminan tentang apa yang difikirkan oleh anak. Apabila parents da terbiasa bersifat terbuka dengan anak, oleh itu anak juga akan terbiasa mengeluarkan apa yang ada di fikirannya dan once parents appreciate, akan membuatkan anak rasa dihargai. Jadi perlahan-lahan anak akan berusaha untuk mengikuti apa yang parents set kan untuk mereka.

YANG KETIGA ADALAH, KETELADANAN ORANG TUA
Parents haruslah teladan yang baik keran ia dapat menjadikan ;role model kepada anak.  Anak kebiasaannya akan melihat dan meniru tingkah laku dan sikap ibu bapanya sehingga apa yang parents buat pastikan akan diikut oleh anak. Untuk menanamkan kebiasaan baik, Ibu bapa wajib terlebih dahulu buat bende yang baik terhadap anak. Dengan ibu bapa selalu mengamalkan bende yang baik, maka anak akan serta merta mengikuti tanpa ibu bapa perintahkan terlebih dahulu.

YANG KEEMPAT ADALAH, CIPTAKAN SUASANA DENGAN AL-QUR'AN.
Kita dapat menciptakan suasana yang selalu dipenuhi dengan Al-Quran, dengan cara selalu mendengarkan ayat-ayat al-Quran dan mendekatkan anak dengan orang-orang yang suka mengaji atau membaca Al-Quran. Berilah penjelasan kepada anak tentang kelebihan orang yang suka membaca Al-Quran.

YANG KELIMA ADALAH, DISIPLIN DAN KONSISTEN
Disiplin dan konsisten dalam membiasakan dan mengajarkan anak mengaji. Jika anak tengah tak de mood, berilah rangsangan agar anak mau belajar membaca Al Quran. Berkreasilah dalam memahami mood anak dan cuba perbetulkan mood anak dengan melakukan pelbagai tutorial pembelajaran untuk menarik minat anak untuk belajar. Pastikan ketika anak berada dalam keadaan mood yang tidak baik, ajarlah anak dengan menggunakan suasana santai, dan tak memberatkan anak sehingga anak merasakan terpaksa untuk mengaji.

YANG KEENAM ADALAH, SABAR DAN KREATIF BELAJAR MENGAJI
Jika anak belum lancar mengaji, ajar lah anak dengan perlahan-lahan dan dengan penuh kesabaran. Gunakan kaedah pembelajaran yang pelbagai sehingga tidak membuat anak jenuh dan bosan. Nowadays, di youtube atau dimana sahaja media sosial banyak yang share tentang bagaimana cara untuk mengajar anak so dari situ parents boleh ambil dan boleh aplikasikan untuk mengajar anak. Sedikit sebanyak sebenarnya video tersebut dapat membantu parents cara bagaimana untuk mengajar anak.

YANG KETUJUH, ADALAH MEMBERIKAN REWARDS
Parents juga perlu menghargai dan tunjuk rasa bangga setiap kali anak melakukan hal baik dan mengaji. Apabila parents menunjukkan rasa bangga, ia akan membuatkan anak rasa happy dan mereka juga akan semakin semangat untuk repeat semula apa yang dibuatnya. Lama kelamaan kita sebagai parents dapat mewujudkan karakter baik dan tertanam di dalam diri anak. Kelak apabila anak sudah menjejaki usia dewasa, maka karakter baik tersebut telah tertanamkan ke dalam jiwanya. Nak menanamkan kebiasaan mengaji pada seorang anak perlulah serius,sabar dan perhatian parents. Sebelum nak mengajar anak mengaji al-Quran, parents perlulah terlebih dahulu tahu dan boleh mengaji. Sebab apabila ibu bapa tidak terbiasa membaca Al-Qur'an, bagaimana nak meyuruh anak mengaji? Ibu bapa  adalah guru yang terbaik, dari itu, ibu bapa haruslah terlebih dahulu membiasakan diri untuk mengaji lalu ajar lah anak. Menanamkan kebiasaan baik terhadap anak kita, wajib dari hati. Tak ada paksaan apalagi hingga mendzalimi hak anak.






NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...