Addthis

Wednesday, 4 April 2018

Kenapa kita perlu mengaji al-Qur’an? Beruntung kah orang yang sentiasa mengaji al-Qur’an?


INDAHNYA HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN

Sekiranya masa kesukaran tiba maka ketika itu adalah zaman keemasan untuk melakukan tadarus dan tadabbur al-Quran. Dan kita perlu memberi perhatian kepada interaksi diri dan keluarga dengan al-Quran. Kerana Al-Quran memberikan banyak manfaat dalam kehidupan diri dan keluarga.

1.     KEHIDUPAN MENJADI LEBIH TERARAH
Dengan setiap hari membaca al-Quran, maka diri dan keluarga akan semakin terarah, dari membaca al-Quran kita akan mengetahui mana yang haq dan yang bathil, yang benar dan yang salah. Dan kemampuan membezakan hal tersebut adalah hal asas yang harus dimiliki oleh setiap Muslim.
Oleh itu, diri sendiri tidak akan mudah ditipu. Pada akhirnya, hidupnya akan ditinggikan, kehidupan yang teratur, keperibadian mulia dan insyaAllah akan tiba di kebahagiaan hakiki dunia akhirat.

2. MEMILIKI KEMAMPUAN UNTUK MENGATASI PELBAGAI PERSOALAN HIDUP
Orang yang tidak menjadikan al-Quran sebagai naungan akan menghadapi kebingungan dalam menghadapi persoalan hidup, hingga mengalami keserabutan, dan mendorong untuk melakukan tindakan yang di luar kendali sampai akhirnya semua mengarah pada kerugian diri dan orang lain, lebih buruk lagi kerugian yang bukan saja di dunia, tetapi juga di akhirat.
Sebaliknya, dengan menjadikan al-Quran sebagai naungan dalam kehidupan, hatinya akan diliputi ketenangan walaupun terkadang menghadapi beragam kesulitan dan permasalahan hidup. Kerana ia yakin dengan janji Allah.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia akan memberikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Dan, barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya.”
(QS. Ath-Thalaq [65]: 2 – 3).


Al-Quran adalah ubat dan rahmat, sehingga mustahil orang yang hidupnya dalam naungan Al-Quran akan dilanda kebingungan apalagi kekalutan.
“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(QS. Al-Israa [17]: 82).

3. HIDUP MENJADI KIAN BERSIH
Dengan Alquran hidup kita akan bersih dari noda-noda batin, yang menjadikan cara berfikir gelap, sehingga tidak lagi sadar bahawa diri telah bergelimang dengan dosa.
Al-Qur’an mendorong diri untuk selalu melakukan proses pembersihan diri (tazkiyatun nafs), sehingga sikap buruk seperti riak, hasad dengki, iri hati, sombong terhadap orang lain boleh disingkirkan. Sehingga kita akan menjadi orang yang selalu berada di dalam naungan Al-Qur’an, hidup akan menjadi bersih, jiwa terdorong untuk mengutamakan keikhlasan, prasangka baik, tawadhu, jujur, tawakkal dan bergantung hanya kepada Allah.



NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
 http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
 http://www.beanahomequran.com/daftar-online

No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...