MESTI FAHAM NI
JIKA NAK JADI USTAZAH
1. BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAMALKANNYA
Seorang dokter sebelum menjadi dokter harus dan pasti akan
belajar terlebih dahulu di sebuah universiti, dan apabila dah grad dan rasa
mampu untuk mengamalkan ilmu yang dah didapati selama menempuh pendidikan
kedokteran, baru lah boleh menjadi seorang dokter.
belajar terlebih dahulu di sebuah universiti, dan apabila dah grad dan rasa
mampu untuk mengamalkan ilmu yang dah didapati selama menempuh pendidikan
kedokteran, baru lah boleh menjadi seorang dokter.
Begitu juga apabila nak menjadi ustaz atau ustazah. Sebaiknya seorang ustaz dan ustazah sebelum mula mengajar, harus
terlebih dahulu belajar bagaimana cara untuk mengajar dan mengikuti pendidikan
Islam baik di universiti maupun di sekolah pondok. Selepas itu, apabila rasa
sudah mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai ustaz dan ustazah, cuba
amalkan ilmu yang telah diperolehi dari proses pendidikan tadi dengan mengajar
2. NIAT YANG BAIK / TULUS
Niat pun haruslah betul jika ingin menjadi ustaz dan
ustazah. Jangan niatkan hanya
untuk mencari populariti semata, atau mencari wang untuk dunia semata tapi niat yang seharusnya dimiliki oleh ustaz dan ustazah adalah untuk mencari redha Allah dan serahkan segala hal kepada Allah.
untuk mencari populariti semata, atau mencari wang untuk dunia semata tapi niat yang seharusnya dimiliki oleh ustaz dan ustazah adalah untuk mencari redha Allah dan serahkan segala hal kepada Allah.
Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis
Dari Umar Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Dari Umar Radhiyallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Amal itu
bergantung pada niatnya, dan seseorang hanya akan mendapatkan apa yang
diniatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana
dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke
mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari &
Muslim)
3. MENINGKATKAN AMALAN IBADAH
Yang ketiga adalah sebaiknya seorang ustaz dan ustazah dalam
kehidupannya haruslah sentiasa mencuba meningkatkan amalan ibadanya. Kenapa?
Kerana amalan ibadah seharian akan berpengaruh besar pada tingkah laku, cara
berbicara seorang ustaz dan ustazah.
Contoh amalan yang harus ditingkatkan adalah solat malam
(tahajjud), solat dhuha,
sedekah, puasa sunnah, dan amalan sunnah lainnya. Sehingga kita menjadi seorang
yang taat kepada agama Islam. Selain itu, mengaji al-Quran merupakan hal utama
dalam seharian seorang guru atau ustaz. Jika kita sentiasa mengamalkan membaca
al-Quran dengan penuh keikhlasan dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala,
insyaAllah cahaya al-Quran dpat terpancar diwajah para pembacanya.

NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment