NAK MENGAJAR TAPI TAKDE KEYAKINAN? JOM
BACA TIPS DIBAWAH
Guru atau pendidik dalam pandangan Islam merupakan terjemahan dari kata
murabbi, mu’allim, dan mu’adid yang mempunyai maksud yang berbeza, sesuai
dengan bentuk kalimah walaupun disisi lain mempunyai maksudyang sama.
- Murabbi
Perkataan murabbi dijumpai dalam kalimat yang artinya pemeliharaan, baik
fizikal maupun spiritual, guru dalam arti ini mengharapkan kepada murid-muridnya
tumbuh dengan sempurna rohani, jasmani dan fizikal.
- Mu’allim
Perkataan mu’allim, selalu digunakan dalam aktiviti pendidikan yang
lebih focus terhadap pemberian atau pemindahan ilmu pengetahuan yang selalu
kita sebut pengajaran.
- Mu’addib
Istilah muaddib bukan sekadar transfer pengetahuan sahaja tetapi
berkaitan dengan komitmen kearah perilaku, perkataan muaddib lebih sesuai
dengan konsep pendidikan Islam. Itulah Kalimat yang mesti kita tahu dalam ilmu
pendidikan. Lalu bagaimana Sunnah Rasulullah mengajarkan agar kita sebagai
guru atau ustazah bersikap yang
seharusnya?
Nabi Muhammad SAW adalah Guru Utama.
Didalam al-Qur'an Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW untuk menjadi
guru, sebagaimana dijelaskan dalam surat Al-Jum’ah(62) ayat 2, Allah
Berfirman:
“ Dia-lah yang mengutus kepada kaum
yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada
mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar
dalam kesesatan yang nyata”
Pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk mendidik umatnya daripada
kegelapan/kebodohan (jahiliyah) kepada kecerahan secara iman dan tradisi
kehidupan di bawah naungan al-Qur’an. Nabi Muhammad SAW adalah seorang
guru yang telah memenuhi semua sifat dan syarat seorang guru yang telah
ditetapkan oleh para ahli pendidikan.
Berikut adalah beberapa karakter yang mesti dimiliki oleh seorang
pendidik (guru/ustaz/ustazah):
1. Mengikhlaskan Mengajarkan Ilmu untuk
Allah
Ø Kebanyakan pengajar
banyak yang melalaikan tentang perkara ini. padahal ini adalah hal sangat
penting bagi seorang pengajar. Seorang guru haruslah menanamkan prinsip
mengikhlaskan ilmu dan amalannya ke jalan Allah.
Ø Berapa banyak ilmu
yang bermanfaat dan amalan-amalan yang mulia untuk umat, namun pemiliknya tidak
dapat manfaat darinya sedikitpun bahkan hilang begitu saja.
Ø Hal ini disebabkan
kerana pemiliknya (pengajar) tidak mengikhlaskan ilmu dan amal mereka serta
tidak menjadikannya di jalan Allah. Kerana mereka bertujuan hanya untuk
meraih kehormatan atau kedudukan dan yang sejenisnya, kerana itu sangat
layak bila amalan-amalan tersebut hilang begitu saja.
2. Jujur
Ø
Sifat jujur adalah mahkota
di atas kepala bagi para pengajar. Jika sifat itu hilang maka dia akan kehilangan
kepercayaan manusia akan ilmunya dan pengetahuan yang ia sampaikan.
Ø
Jujur adalah kunci
keselamatan hamba di dunia dan di akhirat. AllahTta’ala telah memuji
orang-orang yang jujur dan memotivasikan orang-orang mukmin agar termasuk di
antara mereka dengan maksud firmanNya:-
“Hai orang-orang
yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang
yang jujur.”
(QS. At-Taubah:
119).
3. Berakhlak Mulia dan Terpuji
Ø Tidak diragukan lagi bahawa perkataan
yang baik dan tutur bahasa yang bagus mampu memberikan pengaruh di jiwa,
mendamaikan hati, serta menghilangkan dengki dan dendam dari dada.
Ø Demikian juga raut wajah yang tampak
dari seorang pengajar, ia mampu menciptakan umpan balik positif atau
negatif pada pelajar kerana wajah yang riang dan berseri merupakan sesuatu yang
disenangi dan disukai jiwa.
Ø Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam adalah manusia yang paling agung akhlaknya, lemah lembut dan penuh
kasih sayang, bukan seorang yang bersikap keras lagi berhati kotor, tidak
pula berlaku ekstrim. Karakter yang harus ada dalam seorang pendakwah adalah
akhlak yang baik mulia lagi terpuji, kerana orang yang didakwahi perlu
kepada orang yang bersikap lemah lembut.
4. Tawadhu‘ (Rendah Hati)
Ø Tawadhu‘ adalah sikap terpuji, walaupun bentuk merendahkan diri, hal itu
jika di sisi Allah, maka betapa nikmat dan lazatnya kerana ubudiyah tidak
akan terealisasi dan tidak akan sempurna kecuali dengan sikap merendahkan diri
kepada Allah.
Ø Adapun
sikap merendah kepada makhluk, maka hal itu khusus hanya pada orang-orang
mukmin saja. Jika seorang muslim memerlukan sikap tawadhu‘ supaya success dalam
hubungan dengan Allah kemudian hubungan dengan makhluk. Maka akan terciptanya
hubungan saling menghormati dan saling menyayangi, antara guru terhadap
murid-muridnya. Jika seorang pengajar berlaku sebaliknya iaitu takabbur
(sombong) maka tidak akan mampu meraih tujuan dari mengajar.
Wahai
para guru, jadilah engkau teladan bagi muridmu,
Tularkanlah
ilmumu, Bersahabatlah dengan mereka dan sertailah
dengan
akhlak yang mulia. Nescaya kenikmatan itu akan nampak dihadapanmu, Dan
begitu terasa dalam hati murid-muridmu dengan baik.
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
No comments:
Post a Comment