Addthis

Monday, 25 June 2018

TIPS MENANGANI STRESS YANG SENANG!!!!


Stress merupakan satu masalah yang menimpa seseorang apabila mereka tidak boleh menahan masalah yang “overload” samada dari segi masalah keawngan atau masalah hubungan atau yang lain-lain.
Jangan biarkan stress menghantuai hidup anda. Terdapat beberapa tips yang dapat diambil bagi menangani masalah ini.

Cara Menangani Stress:

1. Jangan Bekerja Di Bilik Tidur

Jangan sesekali membawa bahan pekerjaan anda di tempat tidur. Tempat tidur adalah tempat untuk istirehat dan ini boleh menyebabkan anda memikirkan masalah kerja walaupun anda sepatutnya tidak memikirkan akan pekerjaan di rumah.

2. Tenangkan diri

Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Duduk bersandar, pejam mata dan tarik nafas secara dalam. Buat kiraan 2,4 dan 8 saat. Tarik 4 saat, tahan nafas 2 saat dan lepas 8 saat. Lakukan sekuran 3 kali. Ini adalah cara meditasi yang paling baik. Ketika tarik nafas, anda boleh membayangkan perkara yang menggembirakan anda. Atau, anda juga boleh menarik nafas serta beristighfar atau berselawat.



3. Bercerita Dengan Seseorang

Manusia terdapat jenis yang “extrovert” dan “introvert”. Extrovert adalah orang yang jenis suka meluangkan masa dengan rakan yang lain  dan suka berkongsi dan dikellilingi dengan orang ramai. Manakala bagi introvert mereka adalah orang yang jenis pendiam dan lebih suka meluangkan masa bersendirian. Kita perlu menjadi “extrovert” dan berkongsi akan masalah yang dihadapi oleh kita kerana dengan bercerita akan masalah kita dengan rakan karib ini akan membantu mehilangkan stress yang dihadapi.

4. Hiruplah Udara Sedar
Seseorang itu akan lebih menjadi stress apabila terkurung di dalam kawasan berhawa dingin di dalam pejabat kerana tiada udara segar.
Hiruplah iudara segar di luar kawasan pejabat. Cara paling senang untuk mengilangkan stress adalah dengan melihat pokok yang hijau dan bunyi alam yang semulajadi.


5. Ketawa

Ketawa adalah cara yang paling senang bagi menghilangkan stress. Malah ketawa turut membuatkan seseorang menjadi awet muda. Ketika ketawa seseorang menggerakkan 15 otot di muka dan ini menyebabkan aliran darah bergerak di kawasan mukan dan ia membantu dari segi membuatkan anda menjadi lebih muda.


6. Mengurut Tubuh
Ketika stress badan anda akan menjadi lebih tegang. Anda boleh menhilangkan kelenguhan dan ketegangan dengan mengurut di bahagian bahu dan leher bagi melancarkan saluran darah di badan anda.

7. Mengingati Allah dan membaca al-Quran

Sebagai umat Islam, cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan atau stress ialah dengan selalu mengingati Allah.  Seperti firmanNya. “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d 28).

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak.  InsyaAllah, dengan sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran dan berzikir kita akan lebih tenang.  Sambil itu kita dapat  membersihkan hati kita dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?





No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...