Addthis

Monday, 25 June 2018


BAYI BARU LAHIR DICAMPAK DARI TINGKAT 2??





Gambar di atas menunjukkan bayi yang diselamatkan selepas dicampak dari tingkat 2





KAJANG: Seorang warga Indonesia ditahan selepas mencampak bayinya dari tingkat 2 sebuah bangunan di Hentian Bas Kajang disini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang. "Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang.

"Lelaki itu mendakwa terdengar bunyi dentuman yang sungguh kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Mohd Sabri berkata, lelaki itu menemui bayi lelaki berkenaan masih hidup dalam keadaan bogel di atas tanah bersebelahan besi pembinaan.

"Pemilik restoran berkenaan kemudian membalut bayi itu dengan kain dan membawanya ke klinik berhampiran.
"Hasil siasatan dan maklumat diterima, kami menahan wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an di kawasan Hospital Kajang, jam 11.30 malam tadi.
"Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

Inilah kesan manusia yang kurang imannya dan telah membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang.








NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?


No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...