Addthis

Wednesday, 30 May 2018

CERDAS DAN PINTAR BERBEZA? INI PENJELASANNYA



CIRI-CIRI ORANG CERDAS DALAM ISLAM

Dikisahkan dari Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhuma berkata, “Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Anshar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ "(HR. Ibnu Majah).

Menjadi cerdas adalah salah satu harapan parents kepada anaknya. Sejak kecil, anak didoakan agar ketika besar nanti menjadi orang yang cerdas. Secara umumnya, cerdas bermaksud orang pintar secara akademik, mendapat nilai baik, dan bijak dalam mengambil keputusan. Memang tak ada yang salah dengan maksud cerdas menurut pendapat umum. Cerdas menurut Islam sangat luas dan memiliki maksud yang sangat luas juga, tak hanya masalah dunia tetapi juga menyangkut masalah akhirat. Dalam surah Az Zumar ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya :

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.”
(QS. Az Zumar : 42)

Dalam ayat tersebut berisi tentang kematian, maka apa kaitannya dengan perbahasan cerdas di awal tadi? Seperti yang sudah disampaikan, bahawa cerdas dalam Islam ada kaitannya dengan akhirat, yakni kematian. Islam mencirikan orang yang cerdas adalah orang yang tak hanya ingat akan dunia, tetapi orang yang lebih sering mengingati kematian. Sebab orang berakal tahu bahwa ada yang harus dipersiapkan untuk kematian bila saatnya tiba.

Jadi, seberapa pintar seseorang itu, walaupun mempunyai nilai akademik yang tinggi, menyandang pelbagai gelar, dan ahli dan ilmu tertentu, semua akan sia-sia jika tidak mempersiapkan kehidupan di akhirat. Sebab itu semua hanya akan menjadi sejarah seseorang hidup di dunia. Seseorang akan disebut pintar, kerana kebiasaanya orang tersebut dapat memecahkan suatu masalah yang orang lain tidak dapat memecahkan masalah tersebut. Atau, dengan kata lain, ia selalu memecahkan sebuah solusi dengan cara yang lebih kreatif. Padahal, pertanyaannya adalah sama. Pintar atau cerdas, merupakan sebuah gelaran yang tidak tertulis yang sesiapapun dapat memilikinya. Orang yang cerdas cenderung mempunyai plan yang besar di masa hadapannya. Selain itu, mereka juga biasanya mempunyai sebuah visi dan misi, yang mana ingin mencapai posisi yang lebih tinggi, dari yang dimilikinya sekarang.

Namun berbeza dengan apa yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah Saw. orang yang pintar itu tidak seperti apa yang disebutkan di atas. Lalu bagaimana orang yang pintar menurut Rasulullah Saw tersebut? orang yang pintar tersebut dijelaskan dalam hadits Rasulullah Saw.

1. Orang yang Pintar. Syaddad bin Aus mengatakan bahawa Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam bersabda : "Orang pintar adalah orang yang mau memperbetulkan dirinya sendiri dan beramal untuk kepentingan akhirat nanti. Dan orang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi berharap terhadap Allah." (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Thabrani).

2. Orang yang Paling Pintar. Umar bin Khattab Radhiyallaahu 'anhu meriwayatkan bahwa ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi wa Sallam, tiba - tiba muncul seorang sahabat Anshar. Setelah mengucap salam kepada beliau, ia bertanya : "Ya Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ?"  Beliau menjawab : "Yang paling baik akhlaknya." Kemudian ia bertanya lagi : "Siapakah orang mukmin yang paling pintar ?" Beliau menjawab : "Yang paling sering ingat kematian dan yang punya persiapan terbaik untuk menyambut apa yang terjadi sesudahnya. Mereka itulah orang yang paling pintar." (HR. Thabrani dan Ibnu Majah).

Demikianlah ciri-ciri atau tanda orang yang pintar dan orang yang paling pintar menurut perspektif Islam. Mudah-mudahan kita termasuk golongan orang-orang yang pintar dan yang paling pintar seperti yang disebutkan oleh Rasulullah Saw tersebut. Aamiin.





NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?








No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...