Addthis

Monday, 16 April 2018


ALQURAN SEBAGAI PENYELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT
Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam, yang mana didalamnya terkandung pelbagai rahsia alam semesta, ilmu dunia dan ilmu bekal untuk menghadapi akhirat. Banyak ilmuwan mengkaji Al-Quran sebagai landasan penelitian mereka, kerana dalam Al-Quran banyak sekali ilmu pengetahuan yang dapat dijadikan landasan penelitian bagi mereka. Didalam Al-Quran terdapat pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu kedoktoran, sosial, ilmu alam, astronomi, dan lainnya. Sebagai contoh ilmuwan muslim Harun Yahya, yang mana ia adalah salah satu filosofi yang menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk mempelari perbintangan, ia menjelaskan planet-planet berputar mengelilingi matahari di dalam putaran tersebut bintang dan planet-planet tesebut bertasbih kepada Allah Swt. Barang siapa yang membaca Al-Quran maka hatinya akan terasa damai, hidupnya tenang.

Kita sebagai hamba Allah harus mampu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup didunia, kerana sesuai janji Allah Al-Quran akan menjadi penyelamat di akhirat kelak. Al-Quran bukan hanya akan menyelamatkan diri kita tapi juga akan menyelamatkan kedua orang tua kita. Allah SWT menciptakan dunia dan segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah merupakan sebuah anugerah bagi hambaNya. Kerana segala yang ada di dunia ini merupakan anugerah terbesar yang Allah berikan, sehingga kita wajib menjaga dan menjalakan tugas sebagai hambaNya. Sehingga kita boleh menjadi sebaik-baik manusia yang berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Dengan itu semua, menjadi sebuah keharusan bagi kita manusia untuk mencari petunjuk ataupun hidayah dan jalan yang benar dari sebuah proses kehidupan demi menggapai keselamatan dunia dan akhirat. Rasulullah SAW memberikan jalan khusus bagi manusia, sebagaimana dalam riwayatnya :

Maksudnya :  aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada 
keduanya maka tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu kitab Allah ( Al-Qur’an ) dan sunnah rosul ( Al-Hadits)

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai penuntun manusia di dalam mengarungi hidup yang sempurna sehingga meraih kebahagian kelak disisi Allah SWT. Al-Quran juga mempunyai faedah sebagai ubat bagi hati-hati para hambanya yang sedang tertimpa beberapa penyakit seperti hasud, iri, dengki dan krisis keyakinan. Sebagaimana telah difirmankan oleh Allah SWT dalam Al-Quran

Maksudnya  : wahai para manusia ( Penduduk Makkah )  sungguh telah datang kepada kalian suatu peringatan dari tuhan kalian dan ubat bagi hati juga sebagai petunjuk dan pula sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS.Yunus Ayat: 57)

Maka dalam ayat tersebut, Al-Quran bukan hanya sebagai ubat hati sahaja , namun dengan ini Al-Quran juga sebagai mau’idzhon atau pedoman serta sebagai rahmat yang Allah berikan kepada orang-orang yang beriman. Al-Quran juga sebagai petunjuk dan hidayah yang Allah berikan kepada hambaNya yang mencari dan menghendaki hidayah itu sendiri. Allah berfirman didalam Al-Qur’an surat Al-Dzaariyat ayat 56, sebagai penjelasan bahawa Al-Quran sebagai tujuan akhir dari kehidupan didunia

Maksudnya : tidaklah aku ciptakan  dari bangsa jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.

Semoga dengan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan tujuan hari akhir, akan menjadikan kita lebih taat beribadah dan bertaqwa kepada Allah. 




Wallahu a’lam bisshowab






NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?





No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...