Addthis

Tuesday, 24 April 2018

CARA UNTUK BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA


BAGAIMANA CARA BERBAKTI KEPADA ORANG TUA?
Islam telah mengajarkan kita agar berbakti kepada kedua ibubapa. Sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak sangat pengorbanan dan kebaikan yang telah parents kita berikan pada kita dan kita sebagai anak haruslah sentiasa ingat akan semua yang telah dilakukan oleh parents kita.
One of pengorbanan yang parents kita dah buat adalah memelihara dan mendidik kita dari kita  kecil lagi, walaupun anak sudah boleh berdikari dan bercukupan tetapi parents kita tetap akan sentiasa menunjukkan rasa kasih sayangnya, oleh kerana itu seorang anak memiliki banyak kewajipan terhadap orang tuanya menempati urutan kedua selepas Allah Swt. Sebagaimana dalam Al-Quran Allah Ta’ala berfirman :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.”
(QS. Al Isra’: 23)


Di dalam beberapa ayat, Allah selalu menggandengkan amalan berbakti pada orang tua dengan pentauhidan-Nya dan larangan berbuat syirik. Ini semua menunjukkan bahwa betapa agungnya amalan tersebut, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman :

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapamu.”
(QS. An Nisa’: 36)

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”
(QS. Luqman: 13-14)

Berikut adalah contoh berbakti kepada kedua ibubapa :-
1. Mentaati perintah keduanya selama bukan dalam perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

“Tatatilah ayahmu selama dia hidup dan selama tidak diperinahkan untuk bermaksiat.”
(HR. Ahmad)

2. Mendahulukan perintah mereka dari perkara yang hanya dianjurkan (sunnah).
Sebagaimana pelajaran mengenai hal ini terdapat pada kisah Juraij yang ibunya mendoakan perkara yang tidak baik kerana Juraij lebih mendahulukan solat sunnahnya daripada panggilan ibunya. Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

3. Menghiasi diri dengan akhlaq yang mulia di hadapan kedua ibubapa, di antaranya adalah dengan tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
Maka kita dianjurkan agar selalu berakhlaq mulia dihadapan kedua ibubapa. Namun ada setengah parents yang dah mula kurang jelas pendenganrannya maka kita harus sedikit meninggikan suara kita agar terdengar olehnya, semoga Allah selalu memberikan kita kekuatan dalam menghadapi orang tua yang seperti ini. Amiin

Sahabat fillah, berbuat baik kepada orang tua adalah salah satu kunci untuk masuk ke syurga Allah Ta’ala yang sangat indah. Maka dari itu, sebaiknya kita memerhatikan perkara ini dan bersegeralah dalam berlumba-lumba memberikan apa yang terbaik untuk kedua ibubapa kita.

Istilah Birrul Walidain terdiri dari kata Birru dan al-Walidain. Birru atau al-birru yang mana artinya adalah  kebajikan dan al-walidain artinya kedua orang tua atau ibu bapa. Maka, Birrul Walidain adalah berbuat kebajikan terhadap kedua ibubapa. Birrul Walidain mempunyai kedudukan yang istimewa dalam ajaran Islam. Allah dan Rasul-Nya menempatkan ibubapa pada kedudukan yang sangat istimewa, sehingga berbuat baik pada keduanya juga akan dapat kedudukan yang sangat mulia, dan sebaliknya durhaka kepada keduanya akan berada dalam situasi yang sangat hina.

Secara khusus Allah juga mengingatkan betapa besarnya jasa dan perjuangan seorang ibu dalam mengandung, menyusui, merawat dan mendidik anaknya. Kemudian bapa, walaupun apa tidak  mengandungkankita tetapi bapa juga mempunyai peranan yang cukup besar dalam mencari nafkah, membimbing, melindungi, membesarkan dan mendidik anaknya, sehingga mempu berdiri bahkan sampai waktu yang sangat tidak terbatas.











NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?






No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...