Addthis

Monday, 12 March 2018

TIPS BELAJAR AL-QURAN UTK ANAK REMAJA ANDA


NAK AJAR AL-QUR’AN UTK REMAJA?
Tips dan cara mudah mengajar al-Qur’an untuk remaja

Ketika melangkah usia remaja pernahkah anda merasa bahawa pembelajaran agama yang dimiliki, terutama untuk membaca al-Qur’an masih sangat kurang? Terlebih ketika masa kecil selalu tidak mengendahkan perintah guru dan ibu bapa. Berikut adalah beberapa tips yang dapat dicuba untuk menguasai al-Qur’an sebagai bekal anda di akhirat kelak.

  1. Kenali huruf al-Qur’an
Hal pertama yang perlu dilakukan adalah menguasai seluruh huruf yang ada di al-Qur’an. Anda boleh melakukannya dengan cara membaca 29 huruf asas yang ada dalam al-Qur’an terlebih dahulu kemudian menyalin semula kedalam buku atau kertas untuk lebih cepat menghafalnya. 

2.                  Kenali tanda bacaan yang terdapat di dalam al-Qur’an
Hal kedua yang perlu dilakukan adalah menguasai segala jenis tanda baca al-Qur’an, seperti fathah, kasrah, dhammah, sukun, dan lainnya, sehingga anda memahami ayat al-Qur’an dengan baik. Anda boleh mempelajari tanda baca yang ada dalam al-Qur’an dari buku yang menyediakan pembelajaran al-Qur’an mahu pun dari video pembelajaran al-Qur’an yang boleh didownload secara percuma.

3.                  Mengetahui teknik membaca al-Qur’an
Ketika anda ingin lebih boleh membaca al-Qur’an, pembelajaran selanjutnya yang perlu anda kuasai adalah penguasaan teknik membaca dengan benar. Di dalam alQur’an ada beberapa teknik membaca, seperti idgham yang membuat anda membaca al-Qur’an dengan suara dengung. Teknik baca al-Qur’an yang dibahas, juga akan membantu anda mengetahui bila waktu membaca dengan suara tinggi, dengung panjang, mahu pun teknik lainnya. Untuk membuat perkara lebih mudah, anda boleh membantu diri sendiri dengan mempelajari pelbagai tutorial video yang ada dalam link perkongsian dan mana-mana lama perkongsian video. Namun demikian, agar anda boleh cepat membaca setidaknya anda perlu meminta orang lebih pakar untuk menjelaskan teknik membaca kepada anda.

4. Belajar didampingi oleh yang mahir
Dari ketiga-tiga cara belajar membaca al-Qur’an diatas, adakalanya anda masih akan merasa kesulitan dalam membaca al-Qur’an. Untuk itu, tak ada salahnya jika anda meminta bantuan dari orang lain yang boleh menjadi guru mengaji anda. Dengan bantuan seorang guru mengaji yang profesional, anda akan lebih cepat menguasai cara membaca al-Qur’an dan meresapi nilai ajaran Islam secara perlahan. Namun demikian, ketika anda belajar mengaji, pastikan al-Qur’an yang anda gunakan adalah al-Qur’an yang tidak dilengkapi dengan terjemahan latin sehingga anda benar-benar boleh menguasai makna dan bacan AlQur’an yang dipelajari. Berdamping dengan guru mengaji, anda juga boleh meminta bantuan untuk mempelajari hadist mahu pun hal-hal lain yang bermanfaat untuk memperbaiki ibadah anda. 

5.                  Amalan membaca
Kerana point utama dalam belajar adalam membaca, sebagaimana firman Allah dalam al-Quran tentang membaca adalah hal yang sangat penting. Dalam firman Allah surat Al ‘Alaq:

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,”

Dalam ayat ini, ayat yang digunakan adalah kata perintah. Maka sangat utama dalam membaca kerana Allah sudah memerintahkan Nabi Muhammad maka itu adalah perintah bagi seluruh hamba dan ummat manusia.

Dan setelah kita terus membaca dan memahami al-Quran, tetaplah mengaji sendiri di kala waktu lapang. Kegiatan tersebut akan membuat anda lebih faham dan hafal ayat-ayat suci al-Qur’an. Mintalah salah satu keluarga untuk merakam suara anda dan berunding pada guru mengaji ketika bertemu kembali. Demikian beberapa tips agar anak remaja bahkan dewasa sekalipun dapat menghafal al-Quran dengan cepat dan tepat.





No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...