Addthis

Thursday, 15 March 2018

NAK JADI USTAZAH? semak tips dibawah sekarang





NAK MENGAJAR TAPI TAKDE KEYAKINAN? JOM BACA TIPS DIBAWAH 

Guru atau pendidik dalam pandangan Islam merupakan terjemahan dari kata murabbi, mu’allim, dan mu’adid yang mempunyai maksud yang berbeza, sesuai dengan bentuk kalimah walaupun disisi lain mempunyai maksudyang sama.
  • Murabbi
Perkataan murabbi dijumpai dalam kalimat yang artinya pemeliharaan, baik fizikal maupun spiritual, guru dalam arti ini mengharapkan kepada murid-muridnya tumbuh dengan sempurna rohani, jasmani dan fizikal.

  • Mu’allim
Perkataan mu’allim, selalu digunakan dalam aktiviti pendidikan yang lebih focus terhadap pemberian atau pemindahan ilmu pengetahuan yang selalu kita sebut pengajaran.

  • Mu’addib
Istilah muaddib bukan sekadar transfer pengetahuan sahaja tetapi berkaitan dengan komitmen kearah perilaku, perkataan muaddib lebih sesuai dengan konsep pendidikan Islam. Itulah Kalimat yang mesti kita tahu dalam ilmu pendidikan. Lalu bagaimana Sunnah Rasulullah mengajarkan agar kita sebagai guru atau  ustazah  bersikap yang seharusnya?


Nabi Muhammad SAW adalah Guru Utama.
Didalam al-Qur'an Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW untuk menjadi guru, sebagaimana dijelaskan dalam surat Al-Jum’ah(62) ayat 2,  Allah Berfirman: 


“ Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”

Pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk mendidik umatnya daripada kegelapan/kebodohan (jahiliyah) kepada kecerahan secara iman dan tradisi kehidupan di bawah naungan al-Qur’an. Nabi Muhammad SAW adalah seorang guru yang telah memenuhi semua sifat dan syarat seorang guru yang telah ditetapkan oleh para ahli pendidikan. 


Berikut adalah beberapa karakter yang mesti dimiliki oleh seorang pendidik (guru/ustaz/ustazah):


1. Mengikhlaskan Mengajarkan Ilmu untuk Allah
Ø  Kebanyakan pengajar banyak yang melalaikan tentang perkara ini. padahal ini adalah hal sangat penting bagi seorang pengajar. Seorang guru haruslah menanamkan prinsip mengikhlaskan ilmu dan amalannya ke jalan Allah.

Ø  Berapa banyak ilmu yang bermanfaat dan amalan-amalan yang mulia untuk umat, namun pemiliknya tidak dapat manfaat darinya sedikitpun bahkan hilang begitu saja.

Ø  Hal ini disebabkan kerana pemiliknya (pengajar) tidak mengikhlaskan ilmu dan amal mereka serta tidak menjadikannya di jalan Allah. Kerana mereka bertujuan hanya untuk meraih kehormatan atau kedudukan dan yang sejenisnya, kerana itu sangat layak bila amalan-amalan tersebut hilang begitu saja. 

2. Jujur
Ø  Sifat jujur adalah mahkota di atas kepala bagi para pengajar. Jika sifat itu hilang maka dia akan kehilangan kepercayaan manusia akan ilmunya dan pengetahuan yang ia sampaikan.

Ø  Jujur adalah kunci keselamatan hamba di dunia dan di akhirat. AllahTta’ala telah memuji orang-orang yang jujur dan memotivasikan orang-orang mukmin agar termasuk di antara mereka dengan maksud firmanNya:-

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.”

(QS. At-Taubah: 119).

3. Berakhlak Mulia dan Terpuji
Ø  Tidak diragukan lagi bahawa perkataan yang baik dan tutur bahasa yang bagus mampu memberikan pengaruh di jiwa, mendamaikan hati, serta menghilangkan dengki dan dendam dari dada. 

Ø Demikian juga raut wajah yang tampak dari seorang pengajar, ia mampu menciptakan umpan balik positif atau negatif pada pelajar kerana wajah yang riang dan berseri merupakan sesuatu yang disenangi dan disukai jiwa.


Ø Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling agung akhlaknya, lemah lembut dan penuh kasih sayang, bukan seorang yang bersikap keras lagi berhati kotor, tidak pula berlaku ekstrim. Karakter yang harus ada dalam seorang pendakwah adalah akhlak yang baik mulia lagi terpuji, kerana orang yang didakwahi perlu kepada orang yang bersikap lemah lembut.

 4. Tawadhu‘ (Rendah Hati)
Ø  Tawadhu‘ adalah sikap terpuji, walaupun bentuk merendahkan diri, hal itu jika di sisi Allah, maka betapa nikmat dan lazatnya kerana ubudiyah tidak akan terealisasi dan tidak akan sempurna kecuali dengan sikap merendahkan diri kepada Allah.

Ø  Adapun sikap merendah kepada makhluk, maka hal itu khusus hanya pada orang-orang mukmin saja. Jika seorang muslim memerlukan sikap tawadhu‘ supaya success dalam hubungan dengan Allah kemudian hubungan dengan makhluk. Maka akan terciptanya hubungan saling menghormati dan saling menyayangi, antara guru terhadap murid-muridnya. Jika seorang pengajar berlaku sebaliknya iaitu takabbur (sombong) maka tidak akan mampu meraih tujuan dari mengajar.  


Wahai para guru, jadilah engkau teladan bagi muridmu, 
Tularkanlah ilmumu, Bersahabatlah dengan mereka dan sertailah
dengan akhlak yang mulia. Nescaya kenikmatan itu akan nampak dihadapanmu, Dan begitu terasa dalam hati murid-muridmu dengan baik. 



NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?

Monday, 12 March 2018

BINALAH KELUARGA DENGAN ALQURAN. jom semak tips dibawah



KELUARGA SAKINAH DENGAN AL-QURAN

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan terperinci terhadap pernikahan. Mula dari anjuran pernikahan, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (meminang), bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah (memberi nafkah) dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci, detail dan zahir.

Seterusnya untuk memahami konsep pernikahan dalam Islam, maka rujukan yang paling benar dan sah adalah Alquran dan As Sunnah Ash Shahihah yang sesuai dengan pemahaman Salafush Shalih. Berdasarkan rujukan ini, kita akan memperolehi penjelasan tentang aspek-aspek pernikahan, mahupun beberapa penyimpangan nilai pernikahan yang terjadi di dalam masyarakat kita.

Pernikahan adalah fitrah manusia, maka dari itu Islam menganjurkan untuk menikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman maksudnya:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
[Ar Ruum : 30].

Islam menganjurkan nikah penghargaan Islam terhadap ikatan pernikahan besar sekali, Allah menyebutkan sebagai ikatan yang kuat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirmanmaksudnya :
“Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”
[An Nisaa:21]

TUJUAN PERNIKAHAN DALAM ISLAM ADALAH SEPERTI  BERIKUT :-


1.     Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia
·   pernikahan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini adalah dengan aqad nikah (melalui jinjang pernikahan), bukan dengan cara yang kotor dan menjijikan, seperti cara-cara orang sekarang dengan bercinta, berzina, lesbian, homoseksual, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam.

2.     Untuk memperkuat akhlaq yang mulia

3.     Untuk menegakkan rumah tangga yang Islami


Maka bagi para suami ataupun calon suami alangkah baiknya untuk memilih wanita solehah, dan berikut ciri-ciri wanita solehah menurut Hadits yang shahih, diantara nya ialah:

·     Ta’at kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ta’at kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
·    Ta’at kepada suami dan menjaga kehormatan suami ketika suami ada atau tidak ada, serta menjaga harta suaminya.
·    Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
·    Melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan.
·    Perbanyakkan sedekah tetapi haruslah dengan keizinan suami
·   Memakai tudung yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk menunjukkan kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah (Al Ahzab:33)
·    Tidak berbincang dan berdua-duaan dengan laki-laki yang bukan mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan
·    Tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya
·    Ta’at kepada kedua orang tua dalam kebaikan
·    Mendidik anak-anaknya dengan pendidikan Islami.
Sekiranya kriteria ini dipenuhi, InsyaAllah isi rumah Islam akan direalisasikan.

4. Tujuan pernikahan diantaranya ialah untuk melestarikan dan mengembangkan Bani Adam dan  memperoleh keturunan yang soleh. 

Waallahu a’lam bisshowab.

NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
➽ http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online


TIPS BELAJAR AL-QURAN UTK ANAK REMAJA ANDA


NAK AJAR AL-QUR’AN UTK REMAJA?
Tips dan cara mudah mengajar al-Qur’an untuk remaja

Ketika melangkah usia remaja pernahkah anda merasa bahawa pembelajaran agama yang dimiliki, terutama untuk membaca al-Qur’an masih sangat kurang? Terlebih ketika masa kecil selalu tidak mengendahkan perintah guru dan ibu bapa. Berikut adalah beberapa tips yang dapat dicuba untuk menguasai al-Qur’an sebagai bekal anda di akhirat kelak.

  1. Kenali huruf al-Qur’an
Hal pertama yang perlu dilakukan adalah menguasai seluruh huruf yang ada di al-Qur’an. Anda boleh melakukannya dengan cara membaca 29 huruf asas yang ada dalam al-Qur’an terlebih dahulu kemudian menyalin semula kedalam buku atau kertas untuk lebih cepat menghafalnya. 

2.                  Kenali tanda bacaan yang terdapat di dalam al-Qur’an
Hal kedua yang perlu dilakukan adalah menguasai segala jenis tanda baca al-Qur’an, seperti fathah, kasrah, dhammah, sukun, dan lainnya, sehingga anda memahami ayat al-Qur’an dengan baik. Anda boleh mempelajari tanda baca yang ada dalam al-Qur’an dari buku yang menyediakan pembelajaran al-Qur’an mahu pun dari video pembelajaran al-Qur’an yang boleh didownload secara percuma.

3.                  Mengetahui teknik membaca al-Qur’an
Ketika anda ingin lebih boleh membaca al-Qur’an, pembelajaran selanjutnya yang perlu anda kuasai adalah penguasaan teknik membaca dengan benar. Di dalam alQur’an ada beberapa teknik membaca, seperti idgham yang membuat anda membaca al-Qur’an dengan suara dengung. Teknik baca al-Qur’an yang dibahas, juga akan membantu anda mengetahui bila waktu membaca dengan suara tinggi, dengung panjang, mahu pun teknik lainnya. Untuk membuat perkara lebih mudah, anda boleh membantu diri sendiri dengan mempelajari pelbagai tutorial video yang ada dalam link perkongsian dan mana-mana lama perkongsian video. Namun demikian, agar anda boleh cepat membaca setidaknya anda perlu meminta orang lebih pakar untuk menjelaskan teknik membaca kepada anda.

4. Belajar didampingi oleh yang mahir
Dari ketiga-tiga cara belajar membaca al-Qur’an diatas, adakalanya anda masih akan merasa kesulitan dalam membaca al-Qur’an. Untuk itu, tak ada salahnya jika anda meminta bantuan dari orang lain yang boleh menjadi guru mengaji anda. Dengan bantuan seorang guru mengaji yang profesional, anda akan lebih cepat menguasai cara membaca al-Qur’an dan meresapi nilai ajaran Islam secara perlahan. Namun demikian, ketika anda belajar mengaji, pastikan al-Qur’an yang anda gunakan adalah al-Qur’an yang tidak dilengkapi dengan terjemahan latin sehingga anda benar-benar boleh menguasai makna dan bacan AlQur’an yang dipelajari. Berdamping dengan guru mengaji, anda juga boleh meminta bantuan untuk mempelajari hadist mahu pun hal-hal lain yang bermanfaat untuk memperbaiki ibadah anda. 

5.                  Amalan membaca
Kerana point utama dalam belajar adalam membaca, sebagaimana firman Allah dalam al-Quran tentang membaca adalah hal yang sangat penting. Dalam firman Allah surat Al ‘Alaq:

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,”

Dalam ayat ini, ayat yang digunakan adalah kata perintah. Maka sangat utama dalam membaca kerana Allah sudah memerintahkan Nabi Muhammad maka itu adalah perintah bagi seluruh hamba dan ummat manusia.

Dan setelah kita terus membaca dan memahami al-Quran, tetaplah mengaji sendiri di kala waktu lapang. Kegiatan tersebut akan membuat anda lebih faham dan hafal ayat-ayat suci al-Qur’an. Mintalah salah satu keluarga untuk merakam suara anda dan berunding pada guru mengaji ketika bertemu kembali. Demikian beberapa tips agar anak remaja bahkan dewasa sekalipun dapat menghafal al-Quran dengan cepat dan tepat.





BEBERAPA MANFAAT ORANG TUA MENGAJARKAN ALQURAN KEPADA ANAKNYA



Tips dan Cara Mengajarkan Alquran bagi anak usia 3-5 Tahun

Disini saya akan memberikan tips dan cara mudah bagaimana cara mengajarkan alqura’an
bagi kanak-kanak padausia umur 3 tahun. Seperti yang Ayah ibu  ketahui untuk mengajar
anak mengaji saat usia tiga tahun dapat dilakukan dirumah dengan kedua orang tua.
Lakukan dengan cara menyenangkan. lihat situasi anak jangan mengajak belajar anak
di saat dia sedang merajuk, karena hal itu akan cenderung membuat anak malas belajar
untuk seterusnya.

Cara yang yang sangat mudah dalam mengajarkan alquran kepada anak-anak sebagaimana
dalam firman Allah . dalam surat Al Qamar ayat 54 :

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?”

Hal yang paling mudah dilakukan oleh orang tua untuk mengajarkan anak mengaji adalah dengan mengulang-ngulang bacaan ketika anak bermain, atau juga dengan bernyanyi seperti alif ba ta dengan demikian karena sering di ulang-ulang memory anak akan menyerap secara baik, atau dapat juga dengan memainkan video atau audio lagu-lagu untuk belajar mengaji.

Elakkan pemaksaan dalam mengajarkan anak diusia ini, perlu ayah bunda ketahui juga kemampuan setiap anak berbeza-beza baik dalam mengingat atau juga dalam melafazkan, Jadi ayah ibu harus extra sabar dalam mengajarkan anak-anaknya di usia emas ini dan membuat kegiatan belajar mengaji yang menyenangkan.
Hingga  untuk saat ini banyak juga aplikasi belajar mengaji yang menyenangkan. Prinsip-prinsip dalam mengajar alquran pada anak adalah seperti berikut :

  • Lakukan kegiatan mengaji adalah suatu hal yang menyenangkan bagi mereka.
  • Untuk hafazan dimulai dengan ayat-ayat pendek yang mudah dipelajari.
  • Lakukan dengan cara yang menyenangkan dan tanpa paksaan
  • Yang paling penting adalah keteladanan dan motivasi.
  • Buat anak fokus dan perhatian pada apa yang sedang dipelajari olehnya.

Adapun Faktor gizi adalah hal yang penting untuk memelihara daya ingat anak,
hindari makanan yang tidak sehat seperti zat adiktif dan sebagainya dalam
makanan anak hal ini walau tidak terlihat langsung namun pasti akan merosak
daya ingatan anak dimasa akan mendatang.
Disiplin waktu adalah kunci penting juga waktu belajar, bermain , istirahat harus jelas.

  • Hindari celaan dan tekanan pada anak hal ini dapat mengancam psikologi anak.
  • Ciptakan motivasi-motivasi agar anak suka akan hal belajar dan menghafal atau juga.
  • Memberi reward untuk hasil yang di capai oleh anak.

Waktu yang harus dihindari mengajari anak mengaji:

  • Saat anak mengantuk.
  • Saat anak penat dan letih.
  • Saat kelaparan atau kekenyangan.
  • Saat merajuk atau bad mood.

Sebagai orang tua hendaknya kembangkan kosakata dan variasi kalimat kepada
si kecil dengan cara menceritakan atau mendeskripsikan suatu perkara agar
dia mudah menyerap kata-kata yang Anda sampaikan,
misalnya menceritakan tentang makanan yang ia makan,
tentang jenis mainan yang ia mainkan, bercerita mengenai anggota keluarga,
macam-macam profesi, atau menceritakannya dongeng di buku cerita. Begitulah
beberapa tips yang dapat membantu ayah ibu  dalam mengajarkan anak anak diusia 3 tahun.

PERLU GURU MENGAJI?

Mengaji Al-Quran one to one
Mengaji Al-Quran small Group

↪kami datang ketempat anda
↪50jam boleh membaca Al-Quran
↪kaedah pembelajaran yang intreaktif
↪kelas asas fardhu ain PERCUMA
↪laporan P&P  setiap minggu
↪terdiri dari ustaz dan ustazah
↪waktu dan hari mengikut citarasa anda

website: www.beanahomequran.com
fb/ig Beanahomequran

no tel+601152234111 (WhatsApp only)
direct wasap :
http://beana.wasap.my/

inbox:  m.me/beana.homequran

website www.beanahomequran.com

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...