JANGAN
MUDAH MELAFAZKAN INSYAALLAH
ketika saya belajar mengenai
perniaagaan saya memiliki rakan non muslim, dia barcakap kepada saya.
" saya tak suka itu orang islam cakap insyaallah insyaallah tapi dia talak
datang atau talak buat lepas cakap itu staff saya suka cakap itu tapi saya
benci dengar"
terus saya sentap seketika, saya
tak banyak kawan non muslim sebab dari sekolah rendah saya memang sekolah agama
jadi memang sangat kurang kenal selepas saya mengikuti kursus perniagaan barula
saya bergaul dengan pelbagai bangsa.
saya cuba terangkan kepada dia,
maksud insyaallah: jika Allah menghendaki.
apa maksud dari maksud itu, apabila
janji yang sedang dibina sudah yakin didalam hati 100% boleh datang atau boleh
buat baru lafazkan Insyaallah, tetapi apabila dalam hati 80% tidak mahu buat
atau datang, maka jangan gunakan insyaallah, kerana ini bermaksud kita sedang
menipu dengan menggunakan nama Allah.
sebelum membuat perjanjian atau
kesepakatan mari semak dahulu beberapa perkara
1. tanya dahulu dengan pasti bila?
dimana ?
2. tetapkan tarikh hari dan masa
semasa bermula membuat perjanjian
3. tulis semua appoiment yang telah
jelas didalam "smart phone" kita, nama pon dah smart jadi memang dia
selalu menjadi penyemat perjanjian kita
jadi apa fungsinya lafaz
insyaallah?, kita sudah yakin akan melakukannya tiba-tiba semasa hari kejadian
kita tak dapat melaksanakan maka kita tidak dikira berdusta, kerana kita tahu
tiada kehendak Allah untuk terlaksana janji itu.
Dan janganlah engkau berkata
mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang
demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan
berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu
jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke
jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahfi
18:23-24)
tanya pada hati adakah benar aku
boleh amanah denga Allah ketika aku berjanji pada manusia.
-
jaga hati
cari kelas mengaji rumah
kerumah? +601152234111
cari kerja part time sebagai guru
Al-Quran? hubungi +01137391905
layari website kami www.beanahomequran.com
No comments:
Post a Comment