BAGAIMANA MENEMUI CALON SUAMI ANDA DENGAN
MEMBACA AL-QURAN
Harini dalam pencarian apapun
memiliki kesukaran atau kemudahan dengan tersendiri. Catatan hidup menjadi dan
menerima fitrah Allah menjadikan manusia seorang lelaki dan perempuan dan
tumbuh rasa cinta dan berkasih sayang itu fitrah untuk hidup berpasang-pasangan
fitrah hidup yang perlu dijalani oleh seorang hamba Allah dan belajar dan terus
belajar untuk terus redha dengan sunnatullah
Berbicara soal lelaki dan perempuan
adalah pembicaraan yang tidak pernah habis dan tidak pernah lekang dari setiap
situasi, baik situasi yang positif dan terkadang ia menjadi negative. Inilah
cerita tentang lelaki dan perempuan
Harini seorang perempuan tumbuh
dengan kepelbagaian informasi yang mereka boleh dapatkan dari pelbagai sumber,
termasuklah bahan bacaan yang tersedia dimedia cetak, masa dan media social
kita sumber maklumat yang semakin hari semakin tiada batasan membuat ramai
lelaki dan perempuan tercari bagaimana,dimana,dan kenapa. Dengan pergerakan
dihujung jari sahaja sudah membuatkan kita memperoleh segala maklumat yang kita
inginkan.
Tetapi dalam keganasan dunia moden
ini, kita sebagai seorang muslim dan mukmin yang baik, menjadikan bacaan
Al-Quran sebagai amalan dan air yang selalu mencurah dikala kehausan adalah
jalan terbaik untuk terus menjadi manusia yang berinformasi dan celik akan isi
Al-Quran itu sendiri
Dah banyak sangat peroleh tips
melalui bahan bacaan kenapa tidak melalui bacaan dan pemahaman dari Al-Quran
itu sendiri.
Banyak cerita yang Allah sediakan
didalam Al-Quran. Banyak hokum hakam yang terkandung didalam Al-Quran,
sehinggakan Allah juga sudah memberikan garis panduan guard line bagaiamana cari calun suami melalui ayat
Al-Quran.
Tips mencari pasangan hidup melalui
garis panduan Al-Quran
- Allah sentiasa menyatukan orang yang baik dengan org
yang baik dalil: surah An-Nur ayat 26 perbaiki diri agar dapat yang baik
Dalam surah An-Nur ini
dimana Allah telah berjanji kepada semua hambanya Allah hanya akan menyatukan
orang baik dengan yang baik. Terlalu jelas apa yang diperkatakan oleh Allah.
Jika dalam proses pencarian, tetapkan hati melakukan kebaikan dan disulami
dengan hati yang ikhlas maka Allah sangat tahu tindak tanduk hamba-hambanya.
Belajar menjadi baik
adalah satu usaha yang bukan sia-sia. Dengan kepelbagaian rasa ketika proses
pembelajaran menjadi baik berlangsung maka disitu Allah sedang ingin melihat
adakah hambaNYA baik hanya kerana untuk mencari jodoh atau hanya keranaNYA
sahaja.
- Berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah SWT
contoh doa ( surah al-furqan ayat 74
Erti ayat: “ Wahai tuhan
kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami)”
Doa adalah senjata
setiap mukmin, baik dalam apa jua keadaan sama ada mencari bakal suami atau apa
sahaja adalah perkara yang sangat dianjurkan. Doa adalah sebuah permintaan
hambanya kepada Allah, kita boleh request apa sahaja yang inginkan perlukan
melalui doa, doa dengan permintaan yang baik. Doa adalah konsep yang Allah kabulkan
tanpa ada penolakan tetapi Allah melihat bila yang paling sesuai Allah berikan
kerana Allah mengetahui segala apa yang berlaku keatas hambaNYA. Maka berdoalah
untuk mendapatkan pasangan yang paling tepat dengan anda.
- Carilah pasangan bukan sahaja untuk kebahagian dunia
tetapi untuk kesejahteraan dunia akhirat ( surah At-thur ayat 21
Sangat jelas pesanan
dalam Al-Quran, jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda hanya terlihat
dari cermin mata kasar sahaja, akan tetapi ciri-ciri dunia akhirat. Mudah kita
lafazkan aku inginkan seperti ini dan itu, akan tetapi perkara yang sukar kita
lakukan bagaimana menjadikan visual dalam doa ciri ciri pasangan yang berbentuk
akhirat, wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan akhirat anda untuk memperlihatkan
kepada Allah kita meminta dengan sebenar-benar permintaan kepadaNYA.
- Jangan hidup menyendiri berhimpunlah dengan orang-orang
yang baik ( surah Al-ahzab ayat 35
Terkadang sikap
menyendiri ini juga membuat kita sebagai individu yang tak terlihat oleh
sesiapapun membuat kita belum menemui pasangan yang dicari. Mempelbagaikan kenalan
dan aktiviti untuk lebih mengenali sasama manusia dan kenal sifat setiap
manusia adalah proses belajar dan menjadi manusia yang lebih menghargai sesiapa
sahaja yang anda temui.
- Berusaha dan menyerahkan hasil kepada Allah ( surah
At-talak ayat3)
Setelah kepelbagaian usaha sebagai seorang hamba, kemampuan
sebagai manusia. Tanpa izin dan keredhaan Allah, ia belum sampai jika belum
semua perkara kita sandarkan kepada Allah semata-mata. Dalam konsep belajar
mencari dan dicari, perkara paling utama adalah belajar untuk mencari daan
dicari, berusaha dalam bentuk kepelbagaian dengan batasan seorang muslim dan
mukmin dan menyerahkan kepada Allah atas semua usaha sebagai hamba yang taat
kepada Allah
01152234111
No comments:
Post a Comment