Addthis

Tuesday, 27 February 2018

ADA ILMU ALQURAN TAPI TAK NAK SHARE, HATI-HATI TAKUT TERBELIT DINERAKA HANYA KERANA TIDAK BERKONGSI ILMU






Sebagaimana yang kita ketahui bahawa al-Quran merupakan landasan serta pedoman hidup manusia dan al-Quran pula sebagai ladang pahala terbaik bagi sesiapa saja yang membacanya. Sebagaimana dalam ayat al-Quran Allah Subhanahu Wata'ala sudah menjelaskan bagaimana besar dan melimpah pahala yang Allah berikan bagi sesiapa saja yang selalu membaca al-Quran

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat
dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”. 
(Faathir:29-30).

Ayat diatas menerangkan bahwa balasan pahala bagi orang-orang yang selalu membaca Kitabullah. Bagaimana dengan orang yang mengajarkan Alquran, apakah pahala sama saja atau berbeza? Tentulah pahala yang berlipat ganda bagi siapapun yang mampu mengajarkan Alquran, mambacanya saja Allah subhanahuwata’ala sempurnakan pahalanya, bagaimana lagi ia mengajarkan Alquran kepada orang lain, maka rahmat yang sangat luar biasa akan tercurah kepada anda. Maksud dari mengajarkan Al-Qur`an, ialah menyampaikan kepada orang lain cara membaca Al-Qur`an yang benar berdasarkan hukum tajwid. Sekiranya mengajarkan ilmu-ilmu lain secara umum atau menyampaikan sebagian ilmu yang dimiliki kepada orang lain adalah perbuatan mulia, tentu mengajarkan Al-Qur`an lebih utama. 

Dari ‘Utsman radhiyallahu’anhu,  dari Nabi shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.” (HR Bukhari)

Dan, dari hadits ini juga dapat dipahami, bahwa orang yang mengajar Al-Qur`an harus mengalami fasa belajar terlebih dahulu. anda harus sudah pernah belajar membaca Al-Quran sebelumnya. Sebab, orang yang belum pernah belajar membaca Al-Qur`an tetapi dia berani mengajarkan Al-Qur`an kepada orang lain, maka apa yang diajarkannya akan banyak kesalahannya. Kerana dia mengajarkan sesuatu yang tidak dia kuasai ilmunya.

 Dengan kita mengajarkan Alquran, kita akan melatih diri kita untuk terus meningkatkan kemampuan kita dalam belajar dan mengajar Alquran. Sehingga dapat bertambah baik sekali untuk peningkatan kualiti diri. Dengan demikian kita akan menjadi orang yang selalu berusaha menjadi lebih baik setiap hari.

Mengingat begitu besarnya keutamaan mengajarkan Al Quran, maka saya share sedikit tips kepada para sahabat sekalian yang saya ambil dari buku Kurikulum Pendidikan Anak Muslim yang ditulis oleh Syaikh Fuhaim Musthafa.


Sebelum pengajar mulai membacakan surat, ia harus mengingatkan anak agar fokus dalam pembelajaran  terhadap apa yang akan dibacakan. Yang demikian itu supaya hal-hal berikut dapat terwujud:
·         Anak menyemak bacaan pengajar sehingga boleh menirukan setiap harakat huruf
·         ketika berhenti saat waqaf pada tempat –tempat berhenti serta cara mengucapkan huruf per huruf secara benar.
·         Hati anak menjadi khusyu’, tenang, dan menghormati bacaan Al Quran saat mendengarkannya. Melatih anak membaca Al-Quran langsung dari mushaf.
·         Di samping itu juga memperkenalkan kepadanya tanda-tanda waqaf dan istilah-istilah untuk memperbaiki bacaan pada setiap ayat seperti, mad, idgham, sukun, menebalkan huruf qalqalah, memperjelas makhraj (tempat keluarnya) setiap huruf, hamzah washal, hamzah qatha’  dan lain sebagainya.
·         Sebelum pengajar membacakan surat, ia memulai dengan pembicaraan ringan yang menjadikan anak semangat mempelajari surat tersebut dan memahami maknanya, boleh di awali dengan kisah nabi atau sebagaiannya.


Sekiranya itu adalah sebagian tips yang saya sampaikan, semoga menjadi inspirasi bagi ramai orang.



Waallhu muwafiq ila aqwamitthoriq 

nak buat part time mengajar Al-Quran 
+601137391905 LAYARI www.beanahomequran.com







KENAPA ANDA PERLU JADI GURU JALANAN JOM SEMAK



 
CERITA

Bermula 2009 kembali ketanah air tanpa segulung ijazah disini aku bermula. aku seorang mahasiswa Al-Azhar Kaherah cawangan Iskandariah mengambil takhasus Pengajian Islam Bahasa Arab muadalah dari KUIS. pergi ke Al-Azhar berbekalkan diploma CGPA 3.22 lebih kurangla tapi memang tak pernah Dekan, terbang kebumi An-bia' disana, hanya kuasa Allah dan doa yang dipohon untuk memiliki kekuatan belajar dinegeri yang tiada siapa aku kenal.

Alhamdulillah lulus dalam ujian penialan pertama, ujian tersebut melayakkan diri kita akan kelevel 2 atau level3 kalau level 2 maka perlu 3tahun disana, tetapi kalau terus level3 maka gambaran awal akan belajar hanya 2tahun dibumi itu.aku seorang pelajar yang biasa-biasa saja, tetapi terlalu memiliki impian yang tinggi. sampai aku terlalu nekad ke bumi Mesir pada Sept 2008.

Cerita itu tidak mati disitu sahaja, alhamdulillah dilevel 3 aku naik ke level 4 dengan membawa 2 madah (subjek) tak berhenti aku belajar, rakan-rakan pergi berjalan kesungai Nil dan Pyramid aku pergi kerumah guru aku belajar secara personal. belajar dengan orang Arab.

pada level4 ini cabaran semakin meninggi, sehingga aku nekad untuk menikah dengan seorang lelaki yang aku hanya kenali selama 2minggu, kerana aku benar-benar ingin menjaga hati, tidak jatuh hati dengan hal yang haram sedangkan masa itu aku sedang mencuba menghafal Al-Quran mengikut muqarar Al-Azhar.



bermula dari level4 aku gagal dalam exam 4madah, sehinggala aku terpaksa ulang paper setahun. dan kembali ketanah air ( Malaysia) tanpa segulung Ijazah. bermula dari situ aku menjadi seorang guru agama disekolah berdekatan rumah yang aku dan suami sewa, setahun disitu akhirnya aku keluar. bingung dari situ cari kerja dimudah.my dan ada yang offer mengajar Al-Quran secara part time.

pertama kali mengenal dunia seperti ini, aku gabra, client tidak boleh berbahasa Melayu, anak seorang Prof Madya, aku menolak job tersebut. tetapi ust tersebut memberi keyakinan, ustazah dia kanak-kanak berusia 5atau 6 tahun waktu itu. aku cuba mengawal diri, hati bercampur baur, antara ingin ambil dan tidak, alhamdulillah selalu mendapat bisikan positif dari seorang suami, untuk mencuba, dan akhirnya aku mencuba dengan bahasa inggeris yang terbata-bata, hati bangga boleh mengenal orang hebat sedangkan dulu seorang yang memang yang tak pandai. sedikit demi sedikit aku belajar dari anak itu.

bermula dari anak itu, perlahan-lahan Allah membuka rezeki sedikit demi sedikit, mulut ibu kepada anak itu tak berhenti mempromosikan aku kepada kawan-kawan dan sanak saudara beliau. banyak teknik yang aku cuba apply dalm pengajaranku untuk menarik minat anak-anak didikku untuk mengenal Al-Quran. pengalaman pertama kali mengajar, dengan anak yang memang tak minat membaca Al-Quran dan aku menggalas tanggungjawab itu dan tak pernah putus aku berdoa kepada Allah. Ya Allah bimbingla aku untuk mengenalkan Al-Quran pada kanak-kanak ini sejak dini.

banyak aktiviti yang aku cari dalam youtube dan google untuk aku mencari maklumat dan aku praktikkan kepada murid-muridku. sehinggala anak muridku selalu mentertawakan bahasa inggeris ku, sehingga anak murid itu mengungkapkan, ustazah berikan saya 10 minit untuk saya mengajar ustazah Bahasa Inggeris. aku terus terketawa besar sebab dia yang kanak2 pada usia 8tahun pon dah boleh tahu kesalahan bahasa aku. لا berhenti disitu sahaja, aku terus dapat job-job orang-orang hebat hampir rata-rata pelajar ku rumahnya mewah-mewah dan mereka yang memiliki pendapatan 10k keata dan golongan koperat.

Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan ini. tidak pernah terfikir untuk mengenali orang-orang hebat, mengingati aku ketika mereka pergi keluar negara. kenapa ingat sebab selalu ada buah tangan yang diberikan apabila mereka pulang ke Malaysia Alhamdulillah.

sehinggalah satu hari pada tahun 2012 kami benar-benar terkejut dengan nikmat Allah yang maha kuasa, kami sekeluarga pergi umrah ditaja oleh student yang mengaji bersama kami. YaAllah, maka nikmat mana yang engkau dustakan. disini Allah benar-benar membuka hati saya agar terus melihat, tidak perlu jawatan yang tinggi untuk menemui Allah, tidak perlu status sosial yang terkenal untuk bersama Allah, cukup hanya menjadikan dunia ditangan dan akhirat berada dihati.

 MEMBINA KERJAYA

dari sini aku membina kerjaya untuk terus menjadi guru jalanan, guru yang mengajar mengikuti modul yang telah disemak oleh suami dan ia bagus untuk dishare kepada student saya.
kepelbagaian manusia yang aku temui membuat aku belajar dan terus belajar, alhamdulillah ditemukan dengan orang-orang yang sudah sangat dewasa dan mereka inginkan ilmu Islam dan Al-Quran itu kembali, kanak-kanak yang begitu polos untuk menerima apa sahaja yang disampaikan, remaja dengan kepelbagaian karenah kerana terpaksa untuk mengaji Al-Quran.

pengalaman ini benar-benar membuat aku belajar dan belajar erti hidup erti kepelbagaian warna warri kehidupan, dengan berbekalkan inilah aku berani mengorak langkah, aku harus berhenti mencari jawatan kosong, aku ingin membina kerjaya kepada aku sendiri dan ingin mengajak kawan-kawan yang senasib denganku untuk meneruskan dakwah dan amanah yang telah diberikan oleh Allah untuk menyampaikan Islam walau apapun title sosial kita.

aku menyahut seruan perdana menteri malaysia untuk terus belajar erti membina keusahawanan. Alhamdulillah Allah menjawab dengan Wasilah badan-badan kerajaan seperti PKNS dan MDEC Eusahawanmembantu untuk memperkemas perjuangan ini. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Diakhir cerita, Alhamdulillah aku dapat menyelesaikan Ijazah Al-Azhar aku pada tahun

2013 dengan maqbul sahaja alhamdulillah

perjalanan yang sangat panjang apabila ada redha ibu ayah dan suami akan terus ada keajaiban dari Allah

berani melangkah apabila proses pembelajaran terus berjalan pada diri seorang pendidik



Monday, 26 February 2018

JANGAN JADI AHLI NERAKA HANYA KERANA LAFAZ INSYAALLAH


JANGAN MUDAH MELAFAZKAN INSYAALLAH
ketika saya belajar mengenai perniaagaan saya memiliki rakan non muslim, dia barcakap kepada saya. " saya tak suka itu orang islam cakap insyaallah insyaallah tapi dia talak datang atau talak buat lepas cakap itu staff saya suka cakap itu tapi saya benci dengar"
terus saya sentap seketika, saya tak banyak kawan non muslim sebab dari sekolah rendah saya memang sekolah agama jadi memang sangat kurang kenal selepas saya mengikuti kursus perniagaan barula saya bergaul dengan pelbagai bangsa.
saya cuba terangkan kepada dia, maksud insyaallah: jika Allah menghendaki.
apa maksud dari maksud itu, apabila janji yang sedang dibina sudah yakin didalam hati 100% boleh datang atau boleh buat baru lafazkan Insyaallah, tetapi apabila dalam hati 80% tidak mahu buat atau datang, maka jangan gunakan insyaallah, kerana ini bermaksud kita sedang menipu dengan menggunakan nama Allah.
sebelum membuat perjanjian atau kesepakatan mari semak dahulu beberapa perkara
1. tanya dahulu dengan pasti bila? dimana ?
2. tetapkan tarikh hari dan masa semasa bermula membuat perjanjian
3. tulis semua appoiment yang telah jelas didalam "smart phone" kita, nama pon dah smart jadi memang dia selalu menjadi penyemat perjanjian kita
jadi apa fungsinya lafaz insyaallah?, kita sudah yakin akan melakukannya tiba-tiba semasa hari kejadian kita tak dapat melaksanakan maka kita tidak dikira berdusta, kerana kita tahu tiada kehendak Allah untuk terlaksana janji itu.

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahfi 18:23-24)

tanya pada hati adakah benar aku boleh amanah denga Allah ketika aku berjanji pada manusia.
-
jaga hati



cari kelas mengaji rumah kerumah? +601152234111

cari kerja part time sebagai guru Al-Quran? hubungi +01137391905

layari website kami www.beanahomequran.com

SIAPA MANUSIA TERBAIK SELEPAS MUHAMMAD??





Siapa orang yang terbaik di kehidupan ini setelah Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam beserta para sahabatnya? Ini adalah pertanyaan besar yang selalu tersirat dalam benak manusia sehingga kita akan berlumba-lumba dalam memperbaiki diri. Dengan ini akan dijelaskan sedikit bagaimana pandangan Islam terhadap ummat manusia, sehingga kita dapat menjadikan seseorang dipandang sebagai manusia terbaik menurut Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam.

 PERTAMA : TIDAK INGKAR MENYELESAIKAN HUTANG.
Abu Hurairah Ra. meriwayatkan, “Bahwa Rasulullah  saw. bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang” (Muttafaqun ‘alaih).

KEDUA :  BELAJAR AL-QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN.
Ustman bin ‘Affan Ra. berkata, “Bahwa Rasulullah Saw. bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya” (HR Bukhari).
Perumpamaan orang mukmin yang membaca AlQuran adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya sedap. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya sedap dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.” (Riwayat Bukhari & Muslim) Dan dalam Al-Qur`an disebutkan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk membaca Al-Qur`an dengan tartil,

“Dan bacalah Al-Qur`an dengan setartil-tartilnya.”
(Al-Muzzammil: 4)

 KETIGA : YANG PALING DIHARAPKAN KEBAIKANNYA DAN PALING JAUH KEBURUKANNYA.
 Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu . meriwayatkan bahwa Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam. berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda, “Maukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?” Mereka terdiam. Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata, “Iya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami.” Beliau bersabda, “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya, sedangkan keburukannya terjaga…” (HR Tirmidzi).

 KEEMPAT : MENJADI SUAMI TERBAIK BAGI KELUARGANYA.
Aisyah Ra. Berkata, “Rasulullah Saw. berasabda, “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku” (HR Tirmidzi).

Maka suami terbaik adalah suami yang selalu mengajak kepada keredhaan Allah subhanahu wata’ala, selalu membimbing menjadi keluarga yang selalu mencintai Alquran begitu pula mengaji dan mengajarkan Alquran kepada isteri dan anak-anaknya. Sehingga kelak menjadi keluarga yang bercahaya dengan lantunan Alquran dan menjadi pelita bagi seluruh umat, sehingga kita menjadi umat paling baik bagi nabi Muhammad sallahu’alaihi wasallam.


sebarang pertanyaan +601152234111

Wallahu a’lam bisshowab

Sunday, 25 February 2018

SELALU KENE JIN? JOM CARI MANFAAT MEMBACA AL-QURAN


Al-Quran merupakan pedoman, konsep, serta aturan hidup bagi manusia, di dalam kitab tersebut mengatur bagaimana hubungan makhluk dengan penciptaNya seperti solat, puasa, haji, dan lain sebagainya. Selain itu, Al-Quran juga mengatur hubungan antara manusia dengan dirinya sendiri, manusia dengan manusia yang lainnya, serta hubungan antara manusia dengan makhluk ciptaan Allah SWT lainnya.
Oleh kerana itulah maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mempelajari, memahami, serta mengamalkan Al- Qur’an.

Allah SWT berfirman :
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran,
membenarkan apa yang sebelumnya, Iaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang”.
(QS. Al- Maidah ayat 48)

“Khabbab bin Al Arat radhiyallahu ‘anhu berkata: “Beribadah kepada Allah semampumu dan ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak akan pernah beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang lebih dicintai-Nya dibandingkan (membaca) firman-Nya.”
 (diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al Baihaqi)

Akan tetapi banyak dari kita yang enggan untuk membaca dan mempelajari isi dari Al-qur’an dengan berbagai alasan,malas, tidak ada waktu, atau juga karena beralasan bahasa Al-qur’an susah dibaca dan difahami. Padahal sebenarnya membaca Al-Qur’an adalah sangat mudah, selain itu di dalamnya terkandung petunjuk-petunjuk dari Allah SWT tentang bagaimana hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Al-Qur’an juga terdapat pahala yang begitu besar serta dapat mendatangkan kebaikan. Banyak sekali keutamaan serta manfaat yang bisa kita ambil dari membaca kalamullah tersebut, diantaranya adalah :
Al-Quran merupakan pedoman, konsep, serta aturan hidup bagi manusia, di dalam kitab tersebut mengatur bagaimana hubungan makhluk dengan penciptaNYA seperti solat, puasa, haji, dan lain sebagainya. Selain itu, Al-Quran juga mengatur hubungan antara manusia dengan dirinya sendiri, manusia dengan manusia yang lainnya, serta hubungan antara manusia dengan makhluk ciptaan Allah SWT lainnya.

Oleh karena itulah maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mempelajari, memahami, serta mengamalkan Al- Qur’an.

Allah SWT berfirman :
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran,
membenarkan apa yang sebelumnya, Iaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang”.
(QS. Al- Maidah ayat 48)

“Khabbab bin Al Arat radhiyallahu ‘anhu berkata: “Beribadah kepada Allah semampumu dan ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu tidak akan pernah beribadah kepada Allah dengan sesuatu yang lebih dicintai-Nya dibandingkan (membaca) firman-Nya.”
 (diriwayatkan di dalam kitab Syu’ab Al Iman, karya Al Baihaqi)

Akan tetapi banyak dari kita yang enggan untuk membaca dan mempelajari isi dari Al-qur’an dengan berbagai alasan,malas, tidak ada waktu, atau juga karena beralasan bahasa Al-qur’an susah dibaca dan difahami. Padahal sebenarnya membaca Al-Qur’an adalah sangat mudah, selain itu di dalamnya terkandung petunjuk-petunjuk dari Allah SWT tentang bagaimana hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Al-Qur’an juga terdapat pahala yang begitu besar serta dapat mendatangkan kebaikan. Banyak sekali keutamaan serta manfaat yang bisa kita ambil dari membaca kalamullah tersebut, diantaranya adalah :
1.       Membaca Al-Qur’an dapat menuntun kita ke jalan kebenaran, kebaikan, dan keselamatan
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mu’min yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”
(QS. Al Isra ayat 9)

2.       Membaca Al-Qur’an dapat melembutkan hati
Wuhaib rahimahullah pernah berkata :
Maksudya “Kami telah memperhatikan di dalam hadits-hadits dan nasihat ini,
maka kami tidak mendapati ada sesuatu yang paling melembutkan hati dan mendatangkan kesedihan dibandingkan bacaan Al Quran, memahami dan mentadabburinya.”

3. Membaca Al-Qur’an akan membuat hati menjadi tentram
Allah SWT berfirman :
Maksudnya :  “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tentram.” 
(QS. Ar- Ra’d ayat 28)

4. Menjadi bekal di akhirat
Rasulullah SAW bersabda:
“Bacalah al-Qur’an! Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafa’at kepada sahabatnya (orang-orang yang membaca, mempelajari, dan mengamalkannya.”
[HR. Muslim].

5. Membahagiakan orang tua di akhirat
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca al-Qur’an dan mengamalkan isinya maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang-tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih terang daripada sinar matahari yang menyinari rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini?”
 [HR. Abu Dawud; ]

Manfaat membaca dan mengamalkan Alquran bagi muslim, semoga kita termasuk dari salah satunya . Allahu a’lambisshowab

cari kelas mengaji Al-Quran? hubungi sekarang +601152234111
nak jadi guru Al-Quran hubungi sekarang +601137391905


Tuesday, 13 February 2018

ANDA PERLU ALQURAN KE?


KEUTAMAAN MEMPELAJARI AL-QURAN




 
 Al-Quran itu adalah ayat2 yang nyata dalam dada orang diberi ilmu


orang yang mahir membaca Al-Quran maka kedudukannya diakhirat ditemani oleh para malaikat yang mulia 

dan orang yang membaca Al-Quran dengan gagap, dia sukar membacanya, maka ia mendapat dua pahala 



sesungguhnya Allah akan menunaikan satu kaum dengan kitab ini (Al-Quran) dan menghinakan yang lain dengannya. 


orang yang paling baik diantara kalian adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. 
+601152234111 


BAGAIMANA MENEMUI CALON SUAMI ANDA DENGAN MEMBACA AL-QURAN





BAGAIMANA MENEMUI CALON SUAMI ANDA DENGAN MEMBACA AL-QURAN

Harini dalam pencarian apapun memiliki kesukaran atau kemudahan dengan tersendiri. Catatan hidup menjadi dan menerima fitrah Allah menjadikan manusia seorang lelaki dan perempuan dan tumbuh rasa cinta dan berkasih sayang itu fitrah untuk hidup berpasang-pasangan fitrah hidup yang perlu dijalani oleh seorang hamba Allah dan belajar dan terus belajar untuk terus redha dengan sunnatullah

Berbicara soal lelaki dan perempuan adalah pembicaraan yang tidak pernah habis dan tidak pernah lekang dari setiap situasi, baik situasi yang positif dan terkadang ia menjadi negative. Inilah cerita tentang lelaki dan perempuan


Harini seorang perempuan tumbuh dengan kepelbagaian informasi yang mereka boleh dapatkan dari pelbagai sumber, termasuklah bahan bacaan yang tersedia dimedia cetak, masa dan media social kita sumber maklumat yang semakin hari semakin tiada batasan membuat ramai lelaki dan perempuan tercari bagaimana,dimana,dan kenapa. Dengan pergerakan dihujung jari sahaja sudah membuatkan kita memperoleh segala maklumat yang kita inginkan.

Tetapi dalam keganasan dunia moden ini, kita sebagai seorang muslim dan mukmin yang baik, menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan dan air yang selalu mencurah dikala kehausan adalah jalan terbaik untuk terus menjadi manusia yang berinformasi dan celik akan isi Al-Quran itu sendiri

Dah banyak sangat peroleh tips melalui bahan bacaan kenapa tidak melalui bacaan dan pemahaman dari Al-Quran itu sendiri.

Banyak cerita yang Allah sediakan didalam Al-Quran. Banyak hokum hakam yang terkandung didalam Al-Quran, sehinggakan Allah juga sudah memberikan garis panduan guard line  bagaiamana cari calun suami melalui ayat Al-Quran.

Tips mencari pasangan hidup melalui garis panduan Al-Quran

  1. Allah sentiasa menyatukan orang yang baik dengan org yang baik dalil: surah An-Nur ayat 26 perbaiki diri agar dapat yang baik
Dalam surah An-Nur ini dimana Allah telah berjanji kepada semua hambanya Allah hanya akan menyatukan orang baik dengan yang baik. Terlalu jelas apa yang diperkatakan oleh Allah. Jika dalam proses pencarian, tetapkan hati melakukan kebaikan dan disulami dengan hati yang ikhlas maka Allah sangat tahu tindak tanduk hamba-hambanya.

Belajar menjadi baik adalah satu usaha yang bukan sia-sia. Dengan kepelbagaian rasa ketika proses pembelajaran menjadi baik berlangsung maka disitu Allah sedang ingin melihat adakah hambaNYA baik hanya kerana untuk mencari jodoh atau hanya keranaNYA sahaja.


  1. Berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Allah SWT contoh doa ( surah al-furqan ayat 74
Erti ayat: “ Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”
Doa adalah senjata setiap mukmin, baik dalam apa jua keadaan sama ada mencari bakal suami atau apa sahaja adalah perkara yang sangat dianjurkan. Doa adalah sebuah permintaan hambanya kepada Allah, kita boleh request apa sahaja yang inginkan perlukan melalui doa, doa dengan permintaan yang baik. Doa adalah konsep yang Allah kabulkan tanpa ada penolakan tetapi Allah melihat bila yang paling sesuai Allah berikan kerana Allah mengetahui segala apa yang berlaku keatas hambaNYA. Maka berdoalah untuk mendapatkan pasangan yang paling tepat dengan anda.

  1. Carilah pasangan bukan sahaja untuk kebahagian dunia tetapi untuk kesejahteraan dunia akhirat ( surah At-thur ayat 21
Sangat jelas pesanan dalam Al-Quran, jangan meletakkan ciri-ciri bakal pasangan anda hanya terlihat dari cermin mata kasar sahaja, akan tetapi ciri-ciri dunia akhirat. Mudah kita lafazkan aku inginkan seperti ini dan itu, akan tetapi perkara yang sukar kita lakukan bagaimana menjadikan visual dalam doa ciri ciri pasangan yang berbentuk akhirat, wujudkan gambaran ciri-ciri pasangan akhirat anda untuk memperlihatkan kepada Allah kita meminta dengan sebenar-benar permintaan kepadaNYA.

  1. Jangan hidup menyendiri berhimpunlah dengan orang-orang yang baik ( surah Al-ahzab ayat 35
Terkadang sikap menyendiri ini juga membuat kita sebagai individu yang tak terlihat oleh sesiapapun membuat kita belum menemui pasangan yang dicari. Mempelbagaikan kenalan dan aktiviti untuk lebih mengenali sasama manusia dan kenal sifat setiap manusia adalah proses belajar dan menjadi manusia yang lebih menghargai sesiapa sahaja yang anda temui.

  1. Berusaha dan menyerahkan hasil kepada Allah ( surah At-talak ayat3)

Setelah kepelbagaian usaha sebagai seorang hamba, kemampuan sebagai manusia. Tanpa izin dan keredhaan Allah, ia belum sampai jika belum semua perkara kita sandarkan kepada Allah semata-mata. Dalam konsep belajar mencari dan dicari, perkara paling utama adalah belajar untuk mencari daan dicari, berusaha dalam bentuk kepelbagaian dengan batasan seorang muslim dan mukmin dan menyerahkan kepada Allah atas semua usaha sebagai hamba yang taat kepada Allah



01152234111




ILMU TAJWEED


JOM BELAJAR TAJWEED 

dapatkan maklumat dan gambaran mengenai ilmu tajweed seperti dalam gambar 



Faedah mempelajari Ilmu Tajweed 


apa maksud ilmu tajweed?



kenali ilmu tajweed melalui sirahnya


hukum hakam mempelajari tajweed 


hukum mempelajari ilmu tajweed 










kelas mengaji Al-Quran secara individu KL Selangor dan putrajaya 

DIY BELAJAR MENGIRA DIRUMAH ANDA



bermula episod cerita menjadi seorang wanita bergelar ibu pada zaman kini adalah sebuah cerita yang pelbagai kesenangan dan kebahagiaan. Dalam keadaan ini, terkadang sedikit keliru bagaimana untuk mendapatkan pembelajaran pertama pertama yang telah diamanahkan kepada kita

jom buat DIY belajar untuk anak2 kita bagaimana untuk menambah minat mereka kepada ilmu dan Jom ajar anak-anak mengira dari rumah 

TUJUAN:
·        Belajar mengira 1 hingga 10

BAHAN YANG DIPERLUKAN
-Batang aiskrim (10)
-klip kertas (55)

TUJUAN
- Belajar mengira 1 hingga 10

CARA BERMAIN
1. Sediakan batang aiskrim yang sudah dihias dan kepitkan klip ketas mengikut nombor yang tertera
2. Minta anak menghitung jumlah klip kertas pada batang aiskrim
3. Lepaskan klip kertas dari batang aiskrim
4. Minta anak mengetipkan klip kertas pada batang aiskrim mengikut nombor yang tertera


boleh tengok video nak main dilink disini


jom lihat email dibeana


Monday, 12 February 2018

Petua Didik Anak dan Degil Supaya jadi Anak soleh & soleha.


PETUA DIDIK ANAK DAN DEGIL SUPAYA JADI ANAK SOLEH & SOLEHA.
Anak degil, kuat mengamuk, nakal dan tidak mendengar kata. Ibu bapa mana yang tak inginkan anak yang baik, mendegar kata, sopan santun dan menghormati oang tua betul tak ? 

Jom Beana Homequran kongsikan petua didik anak nakal & degil menjadi anak yang mendengar kata yang boleh dibanggakan InsyaAllah.

1.       Banyakkan memeluk anak
2.       Menghadap kiblat ketika belajar atau mengaji
3.       Bacakan surah & tiup ke ubun-ubun anak semasa tidur
4.       Rezeki yang berkat
5.       Hubungan dengan Allah 
6.       Ayat lembutkan hati anak
7.       Layan anak lebih baik 
Jangan sesekali cepat berputus-asa dalam mendidik anak, kerana anak adalah Amanah Allah yang tidak ternilai.

Nak tahu lebih lanjut

Wassap kami segera 

Tekan link dibawah:

http://beana.wasap.my/

Nak tengok video anak-anak mengaji bersama #beanahomequran boleh ke link dibawah juga 

https://www.facebook.com/beana.homequran/videos/1605691849491940/

Hubungi kami segera untuk susun jadual mengaji Anda sekarang

#kelasmengajiKualaLumpur #kelasmengajiSelangor 
#kelasmengajiPutrajaya #kelasmengajiCyberjaya

#marimengaji #kelasmengaji #hometutor #mengajidirumah #privatetutor #belajarngaji #rumahngaji #jomngaji #kelasngaji #seronokbelajar #islamituindah #beanahomequran 

“Mengaji itu indah bersama Beana Homequran”

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...