TIPS MENANGANI STRESS YANG SENANG!!!!
Stress
merupakan satu masalah yang menimpa seseorang apabila mereka tidak boleh
menahan masalah yang “overload” samada dari segi masalah keawngan atau masalah
hubungan atau yang lain-lain.
Jangan
biarkan stress menghantuai hidup anda. Terdapat beberapa tips yang dapat
diambil bagi menangani masalah ini.
Cara
Menangani Stress:
1.
Jangan Bekerja Di Bilik Tidur
Jangan
sesekali membawa bahan pekerjaan anda di tempat tidur. Tempat tidur adalah
tempat untuk istirehat dan ini boleh menyebabkan anda memikirkan masalah kerja
walaupun anda sepatutnya tidak memikirkan akan pekerjaan di rumah.
2.
Tenangkan diri
Pejam
mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Duduk bersandar, pejam
mata dan tarik nafas secara dalam. Buat kiraan 2,4 dan 8 saat. Tarik 4 saat,
tahan nafas 2 saat dan lepas 8 saat. Lakukan sekuran 3 kali. Ini adalah cara
meditasi yang paling baik. Ketika tarik nafas, anda boleh membayangkan perkara
yang menggembirakan anda. Atau, anda juga boleh menarik nafas serta
beristighfar atau berselawat.
3.
Bercerita Dengan Seseorang
Manusia
terdapat jenis yang “extrovert” dan “introvert”. Extrovert adalah orang yang
jenis suka meluangkan masa dengan rakan yang lain dan suka berkongsi dan dikellilingi dengan
orang ramai. Manakala bagi introvert mereka adalah orang yang jenis pendiam dan
lebih suka meluangkan masa bersendirian. Kita perlu menjadi “extrovert” dan
berkongsi akan masalah yang dihadapi oleh kita kerana dengan bercerita akan
masalah kita dengan rakan karib ini akan membantu mehilangkan stress yang
dihadapi.
4.
Hiruplah Udara Sedar
Seseorang
itu akan lebih menjadi stress apabila terkurung di dalam kawasan berhawa dingin
di dalam pejabat kerana tiada udara segar.
Hiruplah
iudara segar di luar kawasan pejabat. Cara paling senang untuk mengilangkan
stress adalah dengan melihat pokok yang hijau dan bunyi alam yang semulajadi.
5.
Ketawa
Ketawa
adalah cara yang paling senang bagi menghilangkan stress. Malah ketawa turut
membuatkan seseorang menjadi awet muda. Ketika ketawa seseorang menggerakkan 15
otot di muka dan ini menyebabkan aliran darah bergerak di kawasan mukan dan ia
membantu dari segi membuatkan anda menjadi lebih muda.
6.
Mengurut Tubuh
Ketika
stress badan anda akan menjadi lebih tegang. Anda boleh menhilangkan kelenguhan
dan ketegangan dengan mengurut di bahagian bahu dan leher bagi melancarkan
saluran darah di badan anda.
7. Mengingati
Allah dan membaca al-Quran
Sebagai
umat Islam, cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan atau stress ialah
dengan selalu mengingati Allah. Seperti
firmanNya. “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (QS Ar-Ra’d 28).
Al-Quran
adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak. InsyaAllah, dengan sentiasa mengamalkan
membaca Al-Quran dan berzikir kita akan lebih tenang. Sambil itu kita dapat membersihkan hati kita dan mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
NAK
JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI
GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?