Addthis

Wednesday, 23 May 2018

PENGARUH AL-QURAN SEMAKIN LEMAH?? INI ALASANNYA!!




KENAPA PENGARUH AL-QURAN MENJADI LEMAH???
Zaman semakin canggih. Terdapat banyak teknologi yang digunakan pada masa kini sehingga kita dapat melihat rata-rata rakyat muka bumi ini mempunyai gadget atau lebih mudah dikenali dengan handphone. Handphone yang canggih tidak lagi susah untuk dimilik kerana zaman sekarang banyak syarikat telefon yang sudah mencipta telefon canggih dan murah.
Sedar tidak sedar sebenarnya handphone atau apa sahaja gadget selalu sahaja di tangan masyarakat sekarang ini. Tidak kira lah masyarakat remaja malah terkadang ada juga masyarakat dewasa yang tidak melepas kan gadget dari tangan mereka.
Hal ini membuatkan kita tertanya-tanya adakah media sosial sahaja yang menjadi tumpuan perhatian masyarat kita sekarang berbanding al-Quran?  Adakah masyarakat kita masa kini masih mendekatkan diri mereka dengan al-Qur’an
Tahukah anda pada masa ini ramai orang sudah jauh dari muamalah dengan Al-Quran. Tahukah kalian semua pada hakikatnya Al-Quran merupakan pedoman dan kunci keselamatan kehidupan kita baik didunia dan di akhirat kelak. Sedangkan media sosial seperti facebook, Instagram dan lainnya tidak dapat menjamin akan memberikan kebaikan untuk dunia dan akhirat kita? Banyak keburukan yang akan terjadi pada diri kita jika kita semakin hari semakin menjauhkan diri dari al-Quran.

Jom semak apa faktor atau penyebab lemahnya jiwa kita terhadap mencintai Al-Quran :

1. Melupakan tujuan Al Quran diturunkan
seharusnya yang kita ketahui bahawa tujuan utama al-Aquran diturunkan adalah untuk membimbing manusia dan memperbaiki keadaan mereka ke jalan yang diredhai Allah dan untuk mendapatkan balasan yang baik di akhirat kelak yakni di syurga Allah. Maka Allah menurunkan Al Quran sebagai risalah yang ringkas namun dengan kandungan makna yang padat sehingga mudah dibaca dan dihafalkan. Kerana itulah Al-Quran harus dibaca secara cermat dan perlahan-lahan agar maknanya dapat difahami baik oleh pembaca mahupun pendengarnya. Seperti dalam firman Allah, yang bermaksud:-
“Al Quran kami turunkan secara beransur-ansur agar kau membacakannya kepada manusia secara perlahan-lahan.”
(QS Al Isra: 105)
Ketika tujuan  Al Quran diturunkan telah dilupakan oleh manusia maka sesuatu yang seharusnya hanya dijadikan sebagai perantara (membaca dan menghafal) akan dipandang sebagai tujuan yang sebenarnya. Membaca dan menghafal memang penting tapi tujuan akhir adalah bagaimana agar ayat-ayat yang sudah kita baca dan kita hafal tersebut dapat kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

2. Mengaji tidak dijadikan sebagai rutin sehari-hari
Membaca dan memahami Al-Quran sebenarnya adalah amalan yang perlu dilakukan setiap hari dan setiap waktu. Namun beberapa hal duniawai sehingga mampu merubah keadaan yang mana Al-Quran harus menjadi rutin keseharian kita,  sehingga kita hampir melupakan kewajiban utama kita iaitu membaca Al-Quran. Maka alangkah baiknya jika kita hiasi hari-hari kita dengan selalu membaca dan mentadabburi Al-Quran, agar tertanam dalam jiwa bahwa Al-Quran adalah sebahagian dalam kehidupan kita.

3. Sibuk Dengan Ilmu Lain
Rasulullah sangat mengharapkan para sahabatnya tidak disibukkan oleh ilmu lain selain Al-Quran agar pesan-pesan Al-Quran dapat diamalkan secara sempurna. Seiring berjalannya waktu sejak wafatnya Rasulullah SAW dan menyebarnya Islam ke pelbagai daerah maka terjadilah persentuhan denganpelbagai budaya dan ilmu dari pelbagai bangsa, hasil peradaban dan budaya dunia, semua meresap ke pelbagai produk keilmuan sehingga Al-Quran tidak menjadi satu-satunya rujukan tunggal dalam kehidupan. Itulah yang membezakan generasi kita dengan generasi sahabat. Bukan bermakna kita tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu lain. Iainya tetap boleh tetapi kita tetap harus meletakkan ilmu al-Quran yang paling utama. Kerana didalam al-Quran terdapat banyak pelajaran tentang kehidupan yang sesuai bukan hanya pada zaman Rasulullah tetapi sesuai untuk sepanjang masa. Selain al-Quran, sunnah juga merupakan tempat untuk kita merujuk tentang sesuatu perkara. Dan seteusnya baru kita boleh merujuk dengan ilmu-ilmu yang lain yang dapayt memberi manfaat bagi kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

4. Tak Mempengaruhi Perilaku
Antara perkara yang dapat melemahkan kepercayaan kita terhadap Al-Quran adalah kenyataan bahawa tingkah laku seseorang yang dikenal dekat dengan Al-Quran bertentangan atau tidak mencerminkan nilai-nilai Al-Quran sama sekali. Jika kita menyampaikan sesuatu perkara yang terdapat di dalm Al-Quran pada masyarakat akan tetapi akhlak dan perilaku kita sangat jauh dariakhlak yang diajari dalam Al-Quran, maka ajakan kita atau perkara yang kita cuba sampaikan pada masyarakat tidak akan menyentuh jiwa mereka.
Maka dengan ini kita semua wajib menjaga diri kita agar selalu menjaga Al-Quran dalam kehidupan kita sehingga Al-Quran tetap menjadi keutamaan utama dan pedoman hidup. Wallahhua’lam bisshowab


NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?







No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...