3 LANGKAH
MEMAKMURKAN MASJID
Ketika Rasulullah Hijrah ke Madinah maka yang pertama kali
beliau lakukan adalah membina masjid. Hal ini menunjukan bahawa untuk membagunkan
sebuah peradaban Islam yang maju dan mulia di Madinah, Rasulullah memberikan
contoh dengan mengawalinya dari masjid.
Sunnah Rasulullah adalah untuk kita ikuti termasuk hal dalam
membagunkan masyarakat sekarang ini. Membangunkan masyarakat yang Islami
tidaklah mudah, tetapi Rasulullah tetap mengajari kita langkah-langkah dalam
mencapainya, dan langkah itu berawal dari Masjid. Seperti dalam firman Allah
dalam surat At-Taubah ayat 18, yang maknanya :
“Yang memakmurkan
masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari
kemudian, serta tetaplah mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut
(kepada sesiapapun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang
diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”
Semakin makmur masjid maka semakin tinggi pula kualiti keimanan
masyarakat sekitar masjid itu dan sebaliknya semakin sunyi ataupun tidak
terurus masjid itu semakin turun kualiti masyarakat disekitarnya. Jika masjid
sudah ada maka langkah selanjutnya adalah bagaimana cara memakmurkannya. Maka kita
akan dibahas sedikit ilmu tentang cara memakmurkan masjid. Ada tiga hal yang
harus dipenuhi iaitu:
1. Solat berjamaah
Solat berjamaah adalah sesuatu yang sangat ditekankan oleh
Rasulullah. Selain dari sisi pahalanya yang jauh lebih banyak, solat berjamaah
juga adalah alat untuk menyatukan umat, mengeratkan tali silaturahim, menyatukan hati antara kaum muslimin yang
merupakan langkah paling awal untuk menyamakan visi misi pembagunan masjid.
Dari sini maka upaya dalam penegakan solat jamaah mempunyai keutamaan yang utama
dan seboleh mungkin untuk boleh selalu terlaksana.
2. Al-Quran
Ketika hati muslimin telah bersatu dan visi misi bersama
dalam pembagunan masjid telah terbentuk, maka Al-Quran harus mampu dijadikan sebagai
pedoman dan semangat dalam menjaga konsisten dan komitmen pemakmuran Masjid.
Al-Quran akan menjadi semangat apabila Al-Quran mampu dihidupkan baik melaui
halaqoh-halaqoh kajian Al-Quran, Tahsin, Tadarus, Tasmi’, Tahfiz dan yang
lainnya. Sehingga masjid akan nampak semakin makmur dengan ruh Al- Quran
3. Infaq
Kombinasi dari solat jamaah, Al-Quran, dan infaq inilah yang
manjadi modal awal dalam pembagunan pemakmuran masjid. Tidak menjadi wajib, tetapi
ketiga-tiga syarat ini haruslah dipenuhi terlebih dahulu agar menjadi asas yang
kuat dalam pengembangunan masjid selanjutnya. Semoga Allah sentiasa merahmati,
memberikan petunjuk kepada kita dalam membangun dan memajukan umat ini. Aamiin.
NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
➽ http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
KELEBIHAN MENJADI TUTOR BEANA :)
1. Anda berhak menyusun jadual anda sendiri
2. Bekerja dengan waktu yang fleksible
3. Mengajar disekitar tempat anda sahaja (Separuh masa)
4. Elaun yang lumayan
5. Insentif BELIAN KERETA & UMRAH
6. Penyata elaun disediakan
7. Reward Tutor Bulanan
8. Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja
9. Latihan dan konsultansi diberikan
KELEBIHAN MENJADI TUTOR BEANA :)
1. Anda berhak menyusun jadual anda sendiri
2. Bekerja dengan waktu yang fleksible
3. Mengajar disekitar tempat anda sahaja (Separuh masa)
4. Elaun yang lumayan
5. Insentif BELIAN KERETA & UMRAH
6. Penyata elaun disediakan
7. Reward Tutor Bulanan
8. Mengajar Al-Quran dan Asas Fardhu Ain sahaja
9. Latihan dan konsultansi diberikan
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
No comments:
Post a Comment