Addthis

Wednesday, 16 May 2018

KEUTAMAAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


5 KEUTAMAAN BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Banyak sangat keutamaan berpuasa di bulan Ramadan, puasa Ramadan merupakan salah satu ibadah wajib yang hanya datang dalam satu tahun sekali iaitu pada bulan Ramadan. Dalam perbahasan kali ini, akan mengupas tentang keutamaan puasa Ramadan, seperti yang kita ketahui  bahawa bulan Ramadan memiliki banyak keutamaan yang sangat luar biasa. yang tidak boleh didapati dalam bulan yang lainnya. Puasa dibulan Ramadan banyak sangat keutamaannya. Diantaranya adalah:-

1. Puasa sebagai perisai dari api neraka
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud: 
“Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari api neraka.” 
(HR. Ahmad dan Baihaqi)

2. Memperoleh limpahan pahala yang tidak terhingga
ketika menjalankan ibadah puasa, segala amalan yang dilakukan akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda, InsyaAllah. Even if orang yang berpuasa tido juga InsyaAllah akan dapat pahala, tetapi bukan lah sepanjang hari kita dibenarkan untuk tido. Tido disini hanya untuk berehat sebentar sahaja. Selain itu perkara yang boleh menambahkan amalan kebaikan adalah menjaga solat, menahan amarah, bersedekah, membaca Al-Qur’an, dan ibadah yang lainnya.

3. Mendapatkan ampunan dari Allah SWT
Bagi orang yang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan ikhlas akan mendapatkan keampunan dari Allah SWT. atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
Barangsiapa orang yang berpuasa di bulan Ramadan kerana iman dan mengharap redha dari Allah maka dosanya di masa lalu akan diampuni.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

4. Disediakan Syurga bagi orang-orang yang berpuasa
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang bernama Ar-Royyaan. Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu tersebut dan tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

 5. Memperoleh syafaat
Bagi yang menjalankan puasa pada bulan Ramadan, maka puasa itulah yang akan memberikan syafaat bagi yang menjalankannya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW.

Maksudnya: “Puasa dan Al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Puasa akan berkata, “Wahai Tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, maka perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya”. Dan Al-Qur’an pula berkata, “Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, maka perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya”. Beliau bersabda: “Maka syafaat keduanya diperkenankan.” (HR. Ahmad, Hakim dan At- Thabrani)

Demikian beberapa keutamaan dari berpuasa di bulan Ramadan. Hanya orang yang benar-benar ikhlas menjalankan segala amal ibadah serta puasa di bulan Ramadan yang akan memperoleh dan merasakan nikmatnya sebuah kemenangan. Kemenangan yang diperoleh yakni saat Hari Raya Aidil Fitri. Sehingga kita termasuk dari golongan orang-orang yang mendapatkan kemenangan dan keberkahan dari berpuasa di bulan Ramadan.


NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?







No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...