Addthis

Sunday, 22 April 2018

MANFAAT AL-QURAN BAGI KECERDASAN OTAK

MANFAAT AL-QURAN BAGI KECERDASAN OTAK

Orang yang menghafal al-Quran, akan mendapatkan banyak manfaat dan kemudahan dalam segala hal, terutama dalam kecerdasan. Menghafal al-Quran bukanlah hal yang mudah, tapi juga tidak menjadi susah jika kita niatkan dengan bersungguh-sungguh dan berusaha dengan semaksimal mungkin, maka dengan menghafal al-Quran otak kanan akan terbiasa berfikir dengan detail, dan fokus, kerana menghafal al-Quran tidak dapat dilakukan dengan sesuka hati, baik dalam bacaannya dan ilmu tajwid. Satu hal yang pasti Allah selalu memberikan jalan kemudahan bagi setiap hambaNya yang mau bersungguh-sungguh dan melakukan ibadah di jalaNya.

Dengan membaca Al-Quran, ia akan merasakan manfaat dalam mengurangkan kemurungan, kesedihan, merasakan ketenangan jiwa, melenyapkan pelbagai penyakit. Dr. Al Qadhi diperkuat juga oleh penyelidikan lain yang dijalankan oleh doktor yang berbeza. Seperti dalam firman Allah dalam Al-Quran:  
         
“Dan apabila dibacakan Alquran, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”

Menghafal adalah salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan seseorang. Dengan menghafal otak akan lebih cepat menyerap maklumat juga menyimpannya dalam jangka panjang. Bacaan Al-Qur'an yang lebih kerap ternyata melatih juga meningkatkan otak dalam mencerna maklumat. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa orang yang pandai menghafal memiliki kecerdasan yang baik. Terbukti dengan mereka rajin menghafal, mereka juga akan lebih mudah mengingat hal-hal kecil yang mereka harus ingat. Oleh itu, jika anda ingin mempunyai anak-anak yang cerdas, anda boleh mula mengajar mereka membaca dan menghafal al-Quran dari usia dini.

Selain daripada kecerdasan dalam otak, dengan menghafal al-Quran kita juga akan terselamatkan di hari akhir kelak. Kerana al-Quran akan menyelamatkan kita bukan hanya di dunia sahaja tapi di akhirat. Al-Quran sebagai ilmu akan menjaga manusia dari kejahatan. Al-Quran di akhirat pun boleh menyelamatkan dengan pahala kebajikan.
Rasulullah bersabda bahwa :

“Ibadah yang paling berkah dan istimewa adalah membaca dan mempelajari al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian bahkan pada setiap satu ayatnya yang telah dibaca mengandungi 10 kebaikan dan ajaran kebenaran didalamnya.”



     


      


        NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
     MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?

No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...