Addthis

Monday, 12 March 2018

BINALAH KELUARGA DENGAN ALQURAN. jom semak tips dibawah



KELUARGA SAKINAH DENGAN AL-QURAN

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan terperinci terhadap pernikahan. Mula dari anjuran pernikahan, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (meminang), bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah (memberi nafkah) dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci, detail dan zahir.

Seterusnya untuk memahami konsep pernikahan dalam Islam, maka rujukan yang paling benar dan sah adalah Alquran dan As Sunnah Ash Shahihah yang sesuai dengan pemahaman Salafush Shalih. Berdasarkan rujukan ini, kita akan memperolehi penjelasan tentang aspek-aspek pernikahan, mahupun beberapa penyimpangan nilai pernikahan yang terjadi di dalam masyarakat kita.

Pernikahan adalah fitrah manusia, maka dari itu Islam menganjurkan untuk menikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman maksudnya:

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
[Ar Ruum : 30].

Islam menganjurkan nikah penghargaan Islam terhadap ikatan pernikahan besar sekali, Allah menyebutkan sebagai ikatan yang kuat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirmanmaksudnya :
“Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat”
[An Nisaa:21]

TUJUAN PERNIKAHAN DALAM ISLAM ADALAH SEPERTI  BERIKUT :-


1.     Untuk memenuhi tuntutan naluri manusia
·   pernikahan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini adalah dengan aqad nikah (melalui jinjang pernikahan), bukan dengan cara yang kotor dan menjijikan, seperti cara-cara orang sekarang dengan bercinta, berzina, lesbian, homoseksual, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam.

2.     Untuk memperkuat akhlaq yang mulia

3.     Untuk menegakkan rumah tangga yang Islami


Maka bagi para suami ataupun calon suami alangkah baiknya untuk memilih wanita solehah, dan berikut ciri-ciri wanita solehah menurut Hadits yang shahih, diantara nya ialah:

·     Ta’at kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ta’at kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
·    Ta’at kepada suami dan menjaga kehormatan suami ketika suami ada atau tidak ada, serta menjaga harta suaminya.
·    Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
·    Melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan.
·    Perbanyakkan sedekah tetapi haruslah dengan keizinan suami
·   Memakai tudung yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk menunjukkan kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah (Al Ahzab:33)
·    Tidak berbincang dan berdua-duaan dengan laki-laki yang bukan mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan
·    Tidak menerima tetamu yang tidak disukai oleh suaminya
·    Ta’at kepada kedua orang tua dalam kebaikan
·    Mendidik anak-anaknya dengan pendidikan Islami.
Sekiranya kriteria ini dipenuhi, InsyaAllah isi rumah Islam akan direalisasikan.

4. Tujuan pernikahan diantaranya ialah untuk melestarikan dan mengembangkan Bani Adam dan  memperoleh keturunan yang soleh. 

Waallahu a’lam bisshowab.

NAK JADI TUTOR AL-QUR'AN?
➽ http://www.beanahomequran.com/nak-jadi-tutor
MENCARI GURU MENGAJI UNTUK ANAK-ANAK?
➽ http://www.beanahomequran.com/daftar-online


No comments:

Post a Comment

SITI KASSIM DITANGKAP?????

SITI KASSIM DITANGKAP????? Peguam dan aktivis, iaitu Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim, ditahan polis ke...