CERITA
Bermula 2009 kembali ketanah air tanpa segulung ijazah disini aku bermula. aku seorang mahasiswa Al-Azhar Kaherah cawangan Iskandariah mengambil takhasus Pengajian Islam Bahasa Arab muadalah dari KUIS. pergi ke Al-Azhar berbekalkan diploma CGPA 3.22 lebih kurangla tapi memang tak pernah Dekan, terbang kebumi An-bia' disana, hanya kuasa Allah dan doa yang dipohon untuk memiliki kekuatan belajar dinegeri yang tiada siapa aku kenal.
Alhamdulillah lulus dalam ujian penialan pertama, ujian tersebut melayakkan diri kita akan kelevel 2 atau level3 kalau level 2 maka perlu 3tahun disana, tetapi kalau terus level3 maka gambaran awal akan belajar hanya 2tahun dibumi itu.aku seorang pelajar yang biasa-biasa saja, tetapi terlalu memiliki impian yang tinggi. sampai aku terlalu nekad ke bumi Mesir pada Sept 2008.
Cerita itu tidak mati disitu sahaja, alhamdulillah dilevel 3 aku naik ke level 4 dengan membawa 2 madah (subjek) tak berhenti aku belajar, rakan-rakan pergi berjalan kesungai Nil dan Pyramid aku pergi kerumah guru aku belajar secara personal. belajar dengan orang Arab.
pada level4 ini cabaran semakin meninggi, sehingga aku nekad untuk menikah dengan seorang lelaki yang aku hanya kenali selama 2minggu, kerana aku benar-benar ingin menjaga hati, tidak jatuh hati dengan hal yang haram sedangkan masa itu aku sedang mencuba menghafal Al-Quran mengikut muqarar Al-Azhar.
bermula dari level4 aku gagal dalam exam 4madah, sehinggala aku terpaksa ulang paper setahun. dan kembali ketanah air ( Malaysia) tanpa segulung Ijazah. bermula dari situ aku menjadi seorang guru agama disekolah berdekatan rumah yang aku dan suami sewa, setahun disitu akhirnya aku keluar. bingung dari situ cari kerja dimudah.my dan ada yang offer mengajar Al-Quran secara part time.
pertama kali mengenal dunia seperti ini, aku gabra, client tidak boleh berbahasa Melayu, anak seorang Prof Madya, aku menolak job tersebut. tetapi ust tersebut memberi keyakinan, ustazah dia kanak-kanak berusia 5atau 6 tahun waktu itu. aku cuba mengawal diri, hati bercampur baur, antara ingin ambil dan tidak, alhamdulillah selalu mendapat bisikan positif dari seorang suami, untuk mencuba, dan akhirnya aku mencuba dengan bahasa inggeris yang terbata-bata, hati bangga boleh mengenal orang hebat sedangkan dulu seorang yang memang yang tak pandai. sedikit demi sedikit aku belajar dari anak itu.
bermula dari anak itu, perlahan-lahan Allah membuka rezeki sedikit demi sedikit, mulut ibu kepada anak itu tak berhenti mempromosikan aku kepada kawan-kawan dan sanak saudara beliau. banyak teknik yang aku cuba apply dalm pengajaranku untuk menarik minat anak-anak didikku untuk mengenal Al-Quran. pengalaman pertama kali mengajar, dengan anak yang memang tak minat membaca Al-Quran dan aku menggalas tanggungjawab itu dan tak pernah putus aku berdoa kepada Allah. Ya Allah bimbingla aku untuk mengenalkan Al-Quran pada kanak-kanak ini sejak dini.
banyak aktiviti yang aku cari dalam youtube dan google untuk aku mencari maklumat dan aku praktikkan kepada murid-muridku. sehinggala anak muridku selalu mentertawakan bahasa inggeris ku, sehingga anak murid itu mengungkapkan, ustazah berikan saya 10 minit untuk saya mengajar ustazah Bahasa Inggeris. aku terus terketawa besar sebab dia yang kanak2 pada usia 8tahun pon dah boleh tahu kesalahan bahasa aku. لا berhenti disitu sahaja, aku terus dapat job-job orang-orang hebat hampir rata-rata pelajar ku rumahnya mewah-mewah dan mereka yang memiliki pendapatan 10k keata dan golongan koperat.
Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan ini. tidak pernah terfikir untuk mengenali orang-orang hebat, mengingati aku ketika mereka pergi keluar negara. kenapa ingat sebab selalu ada buah tangan yang diberikan apabila mereka pulang ke Malaysia Alhamdulillah.
sehinggalah satu hari pada tahun 2012 kami benar-benar terkejut dengan nikmat Allah yang maha kuasa, kami sekeluarga pergi umrah ditaja oleh student yang mengaji bersama kami. YaAllah, maka nikmat mana yang engkau dustakan. disini Allah benar-benar membuka hati saya agar terus melihat, tidak perlu jawatan yang tinggi untuk menemui Allah, tidak perlu status sosial yang terkenal untuk bersama Allah, cukup hanya menjadikan dunia ditangan dan akhirat berada dihati.
MEMBINA KERJAYA
dari sini aku membina kerjaya untuk terus menjadi guru jalanan, guru yang mengajar mengikuti modul yang telah disemak oleh suami dan ia bagus untuk dishare kepada student saya.
kepelbagaian manusia yang aku temui membuat aku belajar dan terus belajar, alhamdulillah ditemukan dengan orang-orang yang sudah sangat dewasa dan mereka inginkan ilmu Islam dan Al-Quran itu kembali, kanak-kanak yang begitu polos untuk menerima apa sahaja yang disampaikan, remaja dengan kepelbagaian karenah kerana terpaksa untuk mengaji Al-Quran.
pengalaman ini benar-benar membuat aku belajar dan belajar erti hidup erti kepelbagaian warna warri kehidupan, dengan berbekalkan inilah aku berani mengorak langkah, aku harus berhenti mencari jawatan kosong, aku ingin membina kerjaya kepada aku sendiri dan ingin mengajak kawan-kawan yang senasib denganku untuk meneruskan dakwah dan amanah yang telah diberikan oleh Allah untuk menyampaikan Islam walau apapun title sosial kita.
aku menyahut seruan perdana menteri malaysia untuk terus belajar erti membina keusahawanan. Alhamdulillah Allah menjawab dengan Wasilah badan-badan kerajaan seperti PKNS dan MDEC Eusahawanmembantu untuk memperkemas perjuangan ini. Alhamdulillah Alhamdulillah.
Diakhir cerita, Alhamdulillah aku dapat menyelesaikan Ijazah Al-Azhar aku pada tahun
2013 dengan maqbul sahaja alhamdulillah
perjalanan yang sangat panjang apabila ada redha ibu ayah dan suami akan terus ada keajaiban dari Allah
berani melangkah apabila proses pembelajaran terus berjalan pada diri seorang pendidik
No comments:
Post a Comment